Aurat ialah satu perkara yang sering dibincangkan dan diperdebatkan di media sosial.
Namun ada kalanya, walaupun niat anda baik, mungkin anda perlu berhati-hati memperkatakan mengenai isu aurat terutamanya di media sosial.
Seorang pengguna Twitter yang menggunakna handle @ssuefira memberitahu dia merasa penat ‘menjagakan’ aurat wanita lain. Ini kerana mereka tidak menutup aurat ketika bergambar raya dan dia terpaksa menapis gambar raya yang dimuat naik ke laman sosial.
Bagaimanapun, siti tweets Sufira mendapat reaksi negatif Netizen yang berpendapat dia tidak perlu muat naik gambar-gambar raya jika benar ingin menutup aurat mereka.
Ini merupakan sebahagian saja respon negatif yang diterima. Disebabkan menerima kecaman bertalu-talu dari Netizen, Sufira telah memadam siri Tweets tersebut dan menyahaktifkan akaun media sosial Twitter dan Instagramnya selepas itu.
Untuk menegur orang lain ada kalanya pendekatan berhemah perlu dilakukan. Cara menegur kita itu boleh membuat seseorang mendekati agama tetapi jika tidak kena caranya akan membuatkan seseorang memberontak dan lebih menjauhkan diri dari agama.
Jadi sebelum menegur, fikirkanlah cara terbaik untuk mendekati mereka yang hendak ditegur itu.
Yang pasti pendekatan ‘holier-than-thou‘ tidak pernah berakhir dengan baik. –amazingnara.com