Teguran Chef Wan Tentang Budak Kahwin Di Usia 15 Tahun Ini Wajib Dibaca

Hiburan

Teguran Chef Wan Tentang Budak Kahwin Di Usia 15 Tahun Ini Wajib Dibaca

Ya baru-baru ini memang viral mengenai berita perkahwinan seorang budak lelaki berusia 15 tahun dengan pasangannya yang berusia 17 tahun. Ada yang menyokong dengan alasan ‘eloklah tak buat maksiat‘. Ada yang membantah dengan alasan ‘muda lagi, sekurang-kurangnya habiskanlah belajar dulu‘. Abang Nara juga pada dasarnya kurang bersetuju dengan perkahwinan terlalu muda sebegini. 15 tahun nak jadi ketua keluarga? Hmmm…
muaz chef wanAda juga alasan yang digunakan seperti ‘ala mak bapak/datuk nenek kita kahwin umur 12 tahun dulu bahagia je sampai akhir hayat‘. Apa pun, Abang Nara tertarik dengan teguran serta pendapat yang dikeluarkan oleh Chef Wan. Amat bernas sekali. Chef Wan punya komentar memang pedas namun itulah realiti. Tulis Chef Wan:-

Sayangnya bukan ke waktu umur begini anak2 muda bertungkus lumus menimba ilmu di sekolah untuk menjamin kan lagi hidup mereka di masa hadapan? The paper say in BH Spore that the boy who is 15 decided bila dapat result examnya dia tak akan sambung belajar lagi.

Isteri 17tahun baru 2 bulan kenal.Apparently both parent mereka setuju pulak tu.Wow i am speechless that there are people who take marriage ni so simple tanpa memikir betapa besar tanggung jawab mereka sebagai parent untuk anak2 mereka.

If our entire nation anak2 muda is allowed to this bayang kan la masa depan negara apa nak jadi.
Lets not even speculate or buruk sangka about their marriage tetapi about both of them getting the right education, getting mature, berkerja, belajar hidup berdikari and finally berpasangan when the time is right.

There always a time for everything. U simply have to learned to be responsible of yourself and then start a family.
At 15 yrs old nak kerja apa tu nak tanggung anak dan isteri? Silap hari kencing tu berselerak lagi!

Advertisement

chef wan

Pasti ada yang bersetuju dan tidak bersetuju dengan pendapat Chef Wan ini. Masing-masing ada pendapat sendiri dalam hal ini. Apa pun, sama-samalah kita doakan agar pasangan suami isteri muda ini akan berbahagia sehingga ke akhir hayat. Ingatlah kahwin ini bukan mudah lebih-lebih lagi di zaman moden ini. Semoga si suami dapat memimpin isterinya dengan baik. Amin.
muaz chef wanP.S: Jom jumpa Remy Ishak esok (Sabtu 20 Disember)di KL YES Festival di PWTC pada jam 2 petang. Remy Ishak akan berada di booth 4042 sebagai ambasaddor produk Opiel Secret – Platinum Masculine. Saksikan sendiri kegagahan dan kekacakan Remy secara ‘live’. Siap boleh dapat diskaun 50% lagi. Jumpa esok!!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...