Teguran Chef Wan Bukan Kerana Cemburu Dengan Bakat Muda

Hiburan

Teguran Chef Wan Bukan Kerana Cemburu Dengan Bakat Muda

Sejak kebelakangan ini, Chef Wan dilihat sering memberi teguran berkaitan isu semasa menerusi akaun Instagramnya. Abang Nara memang bersetuju dengan kata-kata chef popular ini terutama apabila beliau menegur Hanez Suraya baru-baru ini. Sebelum itu, Chef Wan melahirkan rasa kehairanannya dengan pencapaian chef baru seperti Nik Michael yang dilihatnya terlalu pantas.

chef wan tegur hanez

Advertisement

Menerusi Berita Harian hari ini, Chef Wan menegaskan yang tegurannya adalah bukan kerana timbul rasa cemburu terhadap bakat-bakat muda. Kata Chef Wan:-

Saya sedikit pun tidak cemburu dengan pencapaian chef baharu kerana sehingga hari ini, program masakan tidak hanya disiarkan di stesen tempatan, malah wajah saya juga ditonton pada setiap hari di seluruh dunia.

Cuma saya pelik kenapa kita terlalu cepat mengiktiraf seseorang sebagai chef sedangkan mereka tidak mempunyai pendidikan formal dalam bidang kulinari. Pnedidikan formal pun tidak cukup. Mereka perlu mempunyai pengalaman bekerja di hotel dan restoran.

Saya sendiri pun bukan mudah untuk berada di tahap ini. Sebab itu saya kecewa kerana stesen televisyen kita terlalu cepat mengiktiraf mereka yang tiada pengalaman.

hanez chef wan

Berkata mengenai tegurannya terhadap Hanez Suraya, hef Wan memaklumkan perkara yang lebih kurang serupa pernah berlaku dalam keluarganya menyebabkan beliau tampil bersuara. Kata Chef Wan:-

Memang saya tiada kaitan dengan dirinya (Hanez Suraya), tetapi saya rasa muak dan simpati dengan nasib wanita yang dianiaya. Masyarakat boleh menuduh apa saja. Saya tidak kisah jika ada yang tidak gemar teguran itu.

Bagi saya senang saja., jika tidak gemar, jangan ikut akaun Instagram saya, itusaja. TEguran itu saya tujukan buat peminat yang ingin mendengar pandangan saya.

chef wan

Abang Nara suka sebenarnya dengan teguran Chef Wan yang amat padat, tajam dan jitu. Tak ada nak selindung-selindung. Kadangkala kita perlukan orang sebegini untuk membuat teguran. Tak perlu nak cakap berlapik-lapik. Diharap Chef Wan terus memberikan pandangannya mengenai isu-isu semasa. Abang Nara yakin ramai yang ternanti-nanti.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...