“Tegur Kena Block, Masih Post Guna Lagu Sedih” – Lawak Tak Kena Tempat, Individu ‘Bangga’ Buat Video Konon Kena Sawan

Kehidupan

“Tegur Kena Block, Masih Post Guna Lagu Sedih” – Lawak Tak Kena Tempat, Individu ‘Bangga’ Buat Video Konon Kena Sawan

Baru-baru ini, melalui platform TikTok, seorang individu lelaki telah memuat naik video mulut berbuih sambil terbaring, kononnya terkena sawan.

Hal itu telah mendatangkan rasa kurang senang dikalangan sesetengah netizen yang merasakan lelaki terbabit langsung tidak sensitif dengan seseorang yang alami penyakit tersebut.

Advertisement

lelaki buat lawak kena sawan

Dapat dilihat dalam video itu, lelaki tersebut menggunakan ubat gigi bagi menghasilkan buah putih seolah-olah baru terkena sawan dan meletakkan lagu sedih sebagai latar belakang muzik.

Biarpun sudah ditegur, lelaki terbabit seakan-akan tidak ‘makan saman’, malah menyekat akaun ataupun memadam komen-komen teguran daripada video itu.

lelaki buat lawak kena sawan

Lebih menyakitkan hati, lelaki terbabit merasakan dirinya tidak bersalah membuat konten lawak yang tidak sensitif itu dan menyatakan dia hanya berlakon seperti watak dalam drama.

komen

Difahamkan, video tersebut masih ada di laman TikToknya dan kini sudah raih 500,000 tontonan daripada pengguna platform itu.

Rita rudaini berang podcaster buli lucu
2 months ago

"Dengan Rasa Bangga Bercerita" - Rita Rudaini Kesal Podcast Anggap Kisah Pelajar Letak Racun Tikus Di Asrama Sebagai Jenaka

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...