Sebelum ini, penerbit sensasi iaitu Sheila Rusly dikecam gara-gara memarahi seorang peserta rancangan masakan dengan cara menjerit ketika menjadi juri dan dilabel biadap oleh netizen.
Tampil memberi pandangan, Ketua Pegawai Eksekutif KRU Entertainment iaitu Datuk Norman Halim berkata setiap juri atau tenaga pengajar perlu memainkan watak berbeza.
Menurut Norman, sebagai individu yang berpengalaman menerbitkan rancangan realiti, dia sendiri pernah menjadi juri dalam pelbagai program televisyen.
Saya tengok sheila mainkan peranan yang baik sebagai pengkritik tegas untuk timbulkan saspens dan drama dalam rancangan tu.
Jelasnya lagi, watak yang dibawakan Sheila juga ibarat sikap tegas seorang guru di sekolah yang mahu melihat anak didiknya berjaya dan menjadi lebih baik.
Kalau di Barat, ada rancangan memasak Gordon Ramsay. Dia pun hentam peserta dengan kritikan ‘pedas’ sampai rancangan tu popular di seluruh dunia.
Tambah penyanyi dari kumpulan KRU itu, begitulah watak yang dibawakan oleh Sheila iaitu ibarat seperti antagonis dalam drama dan tidak wajar dihina secara peribadi menerusi media sosial.
Walaupun dikecam, Norman tetap memuji dan mengucapkan tahniah kepada Sheila kerana menyuntik nafas baharu dalam program televisyen khususnya rancangan masakan di negara ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.