“Tegas Dengan Pemain Import, Tidak Berkompromi”- KAFA

Trending

“Tegas Dengan Pemain Import, Tidak Berkompromi”- KAFA

annuar-musa

“Mana-mana pemain import yang mempersembahkan prestasi kurang memuaskan akan ditamatkan kontrak dengan pampasan terhad”, tegas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa.

Advertisement

Beliau berkata itu antara terma yang akan dimasukkan dalam kontrak pemain import pasukan bola sepak Kelantan pada musim ini.

“Sekarang kita memasukkan syarat dalam kontrak dimana kiranya prestasi mereka tidak memuaskan kita berhak menamatkan khidmat mereka dengan memberi notis dan pampasan yang terhad sahaja,” katanya dalam satu kenyataan.

Annuar turut menegaskan, pasukan Kelantan menggunakan khidmat pencari bakat dan ejen Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk mendapatkan pemain import.

Menurutnya, walaupun kaedah itu melibatkan kos yang tinggi tetapi ia terpaksa dilakukan.

sumber :mynewshub

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...