“Mana-mana pemain import yang mempersembahkan prestasi kurang memuaskan akan ditamatkan kontrak dengan pampasan terhad”, tegas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata itu antara terma yang akan dimasukkan dalam kontrak pemain import pasukan bola sepak Kelantan pada musim ini.
“Sekarang kita memasukkan syarat dalam kontrak dimana kiranya prestasi mereka tidak memuaskan kita berhak menamatkan khidmat mereka dengan memberi notis dan pampasan yang terhad sahaja,” katanya dalam satu kenyataan.
Annuar turut menegaskan, pasukan Kelantan menggunakan khidmat pencari bakat dan ejen Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk mendapatkan pemain import.
Menurutnya, walaupun kaedah itu melibatkan kos yang tinggi tetapi ia terpaksa dilakukan.
sumber :mynewshub