Dua minggu selepas bergelar isteri, penyanyi Ai Wahida membuat keputusan untuk mengubah penampilannya kepada imej wanita muslimah dengan berpurdah.
Ai Wahida atau nama sebenarnya Wahida Amalin Atan mengakui keputusan itu sudah lama difikirkan dan sekarang adalah masa yang paling sesuai.
InsyaAllah saya tengah slowly cuba untuk berniqab purdah. Tengah biasakan diri.
Menurutnya, dia mula terdetik mahu memakai niqab semasa dia membuat paid review. Semasa memakainya dia berasa sebak dan menangis.
Saya kata indahnya kalau tertutup penuh macam ni, mungkin inilah bahagia yang saya cari.
Bercerita tentang pengalaman selepas berkahwin, Wahida berkata kehidupannya lebih bahagia dengan kehadiran suami di sisi. Sebelum bernikah, dia dan suami jarang berjumpa dek kerana jarak yang jauh.
Dalam pada itu, selepas mengambil keputusan untuk tidak membabitkan diri dalam dunia hiburan Wahida berkata, dia mempunyai perancangan bersama suami untuk memulakan perniagaan tudung.