Tealive Malaysia Sasar 1,000 Cawangan Di Pasaran Dunia Tahun Hadapan

Trending

Tealive Malaysia Sasar 1,000 Cawangan Di Pasaran Dunia Tahun Hadapan

Pada awalnya jenama Tealive ini agak huru-hara sewaktu diperkenalkan namun kini jenama Tealive di Malaysia bersedia menempah nama di peringkat pasaran dunia.

Jenama Tealive tersebut mula diperkenalkan setelah percubaan undang-undang berprofil tinggi antara syarikat induk Loob Holding dan francais Taiwan Chatime pada tahun 2017. Ianya dinamakan semula daripada 161 kedai Chatime yang sebelum ini beroperasi menjadi kedai Tealive yang baru oleh Loob Holding.

Advertisement

Tealive kini mempunyai lebih daripada 200 cawangan di pasaran Malaysia dimana para kakitangan Tealive harus melayani lebih daripada 2 juta pelanggan setiap bulan.

Manakala tujuh cawangan lagi di Vietnam, dua di China dan satu di Australia. 70 peratus daripada cawangan ini dimiliki oleh Loob Holding manakala 30 peratus lagi dikendalikan oleh francaisi.

Perkembangannya akan melibatkan lebih 1,000 pembukaan cawangan baharu di 15 buah negara menjelang akhir tahun hadapan. Ianya dikatakan separuh daripada cawangan tersebut akan dibuka di China, selebihnya daripada 150 cawangan pula dibuka di India menjelang tahun 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif Tealive, Loo berkata perkara itu masih berada dalam perbincangan kerana syarikat itu tidak mempunyai aliran tunai yang mencukupi untuk mengekalkan sebarang pergembangan yang agresif kerana kos untuk kembangkan 200 cawangan di Malaysia sahaja telah mencecah kira-kira RM 400,000, inikan pula luar negara.

Menurutnya lagi, Loo akan memanfaatkan modal pasaran untuk membiayai pengembangan dan ianya juga kepada sokongan daripada bank dan rakan perniagaan.

 

Sumber: bussinessinder

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...