Teal Blue Atau Emerald Green? Warna Apa Yang Bakal ‘Menguasai’ Aidilfitri 2026?!

Branded

Teal Blue Atau Emerald Green? Warna Apa Yang Bakal ‘Menguasai’ Aidilfitri 2026?!

KWC Fashion Wholesale (KWC Mall) setiap tahun memang jadi destinasi wajib apabila tiba musim perayaan. Menjelang Raya 2026, persoalan yang sering bermain di fikiran ramai pastinya tentang tema warna Raya tahun ini.

Adakah pastel lembut masih menjadi pilihan, atau tona gelap seperti teal blue yang lebih bold bakal menguasai gaya perayaan?

Apa pun pilihan warna dan gaya, peminat fesyen raya tidak perlu risau sebab semua ni anda boleh dapat di satu tempat iaitu di KWC Mall.

Ini kami nak kongsikan bersempena kempen Gaya Raya Berganda yang akan berlangsung dari 19 Februari hingga 20 Mac 2026, KWC Mall akan berubah menjadi destinasi sehenti untuk mendapatkan koleksi Raya terkini yang mampu milik, lengkap untuk seisi keluarga serta paling best ada aktivitii menarik dan ganjaran eksklusif menanti pengunjung!

Fesyen Raya 2026: Apa Yang Trending Di KWC Mall?

Sebagai pusat borong fesyen terbesar di Malaysia, KWC Mall menempatkan lebih 800 peruncit dan pemborong fesyen di bawah satu bumbung. Seiring perubahan cita rasa pengguna dan perkembangan jenama tempatan, trend fesyen raya terus berevolusi setiap tahun.

Untuk Raya 2026, KWC Mall akan menjadi lokasi terbaik untuk anda mencari gaya, warna dan rekaan yang bakal mencuri perhatian sepanjang musim perayaan.

Warna Raya 2026: Lembut, Versatil & Timeless

Aidilfitri ini, pilihan warna lebih kepada yang senang dipakai dan mudah digayakan. Warna pastel lembut seperti baby blue, soft pink dan sage green masih menjadi kegemaran kerana tampil manis, tenang dan sesuai untuk pelbagai tona kulit.

Untuk yang mahukan sesuatu yang sedikit berani tetapi masih nampak kemas, tona lebih gelap seperti transformation teal semakin menjadi pilihan. Pada masa yang sama, kombinasi hitam dan putih terus kekal relevan, sesuai untuk mereka yang sukakan gaya klasik ringkas tetapi sentiasa nampak elegan.

Gaya Fesyen Raya Yang Wajib Diperhatikan

Dari segi rekaan, busana Raya tahun ini dilihat lebih menonjolkan kepada perincian yang nampak eksklusif tanpa terlalu berlebihan. Lace mewah terutama yang dihiasi manik dan batu kecil menjadi antara elemen utama kerana ia memberi sentuhan ‘mahal’ pada pakaian.

Corak floral dalam warna pastel pula masih digemari kerana tampil feminin dan lembut. Bagi yang sukakan gaya ringkas, abaya dengan hiasan manik atau batu dekoratif menawarkan penampilan yang kemas, selesa dan cukup berseri untuk digayakan sepanjang musim Raya.

Fesyen Raya Inklusif Untuk Wanita Plus-Size

Di KWC Mall, pilihan fesyen Raya tidak terhad kepada saiz tertentu sahaja. Wanita bersaiz besar juga boleh tampil yakin dengan pelbagai rekaan yang tersedia dalam potongan, warna dan gaya yang moden, termasuk saiz sehingga 6XL.

Setiap rekaan direka untuk memberi keselesaan sepanjang hari, tanpa mengorbankan elemen gaya dan keanggunan.

Pilihan Raya Lelaki: Klasik & Moden

Untuk lelaki, gaya Raya 2026 masih mengekalkan keseimbangan antara klasik dan moden. Kurta bercorak petak kekal popular kerana selesa dipakai dan sesuai untuk suasana santai bersama keluarga.

Bagi sambutan Hari Raya pertama, Baju Melayu lengkap dengan sampin masih menjadi pilihan utama, dengan pelbagai pilihan warna, fabrik dan rekaan yang boleh didapati di KWC Mall. Kemeja batik sama ada dari Malaysia atau Indonesia terus menjadi alternatif untuk mereka yang inginkan gaya Raya yang kemas tetapi lebih relaks.

Persiapan Ibadah: Lengkapkan Perjalanan Spiritual Anda

Selain fesyen, KWC Fashion Wholesale turut menyediakan pelbagai keperluan ibadah untuk Ramadan dan Raya. Pelbagai pilihan telekung, jubah dan kopiah boleh didapati dengan mudah.

Aksesori seperti sejadah dan tasbih juga tersedia, sesuai untuk kegunaan sendiri atau sebagai hadiah, menjadikan persiapan ibadah lebih praktikal dan tenang.

Shoppers Rewards: Shopping Raya Sambil Menang Ganjaran

Sepanjang tempoh 19 Februari hingga 20 Mac 2026, pengunjung turtu berpeluang menikmati ganjaran eksklusif melalui program penebusan KWC.

Antara hadiah menarik termasuk koleksi glassware Raya, paket Raya dan 2 Litre Glass Casserole yang sesuai digunakan untuk menyediakan rendang serta juadah berbuka puasa. Lagi seronoklah nak shopping raya macam ni!

KWC Raya Fashion Show & Kemunculan Artis Popular

Tak cukup dengan itu, KWC Mall turut menganjurkan KWC Raya Fashion Show yang bakal berlangsung pada 11 Februari 2026 dari jam 11.00 pagi hingga 2.00 petang, menampilkan koleksi Raya terkini termasuk daripada Sekali Lafaz.

Acara ini akan turut dimeriahkan dengan kemunculan Iman Troye yang pastinya menjadi tumpuan peminat fesyen dan muzik.

Hiburan & Persembahan Sepanjang Ramadan dan Raya

Kemeriahan di KWC diteruskan dengan pelbagai persembahan hiburan sepanjang kempen Raya. Antaranya termasuk Suasana Raya bersama Adi Priyo pada 1 Mac, Alunan Jiwa MESTICA pada 7 Mac, Raya Ceria bersama Azzam Sham pada 15 Mac serta Ceria Meriah bersama Kompang 5Beradik pada 1, 8 dan 15 Mac.

Selain itu nantikan juga persembahan Nostalgia Musical oleh The Arpeggios yang akan diadakan pada 21, 22 dan 28 Februari serta 8 dan 14 Mac.

Karnival Ramadan: Iftar Sambil Shopping

Pengunjung juga boleh menikmati suasana berbuka puasa di KWC menerusi Karnival Ramadan yang menampilkan lebih 20 gerai makanan.

Pelbagai pilihan juadah tempatan dan hidangan Ramadan ditawarkan bermula dari jam 3 petang hingga 8 malam, menjadikannya lokasi sesuai untuk iftar bersama keluarga dan rakan-rakan. Set buka sama-sama terus boleh shopping raya!

Jangan Lepaskan Gaya Raya Berganda Di KWC

Raya tahun ini, KWC Fashion Wholesale menawarkan pengalaman membeli-belah yang lengkap dengan fesyen terkini, harga berpatutan, ganjaran menarik dan hiburan sepanjang musim perayaan.

Nak lebih merasai vibes raya, layan dulu video raya KWC!

Tak nak terlepas update terkini dan aktiviti menarik sepanjang kempen Gaya Raya Berganda, KWC Mall ikuti mereka di laman sesawang rasmi KWC, Facebook dan TikTok.

Salam Ramadan & Selamat Hari Raya. Jumpa anda di KWC Mall!

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...