Taylor’s Maju Selangkah Ke Depan, Perkukuhkan Bidang Kewartawanan Digital Malaysia Dengan Kolaborasi Newswav

Branded

Taylor’s Maju Selangkah Ke Depan, Perkukuhkan Bidang Kewartawanan Digital Malaysia Dengan Kolaborasi Newswav

Siapa yang tak kenal dengan Universiti Taylor’s ni.  Salah satu universiti swasta terkemuka di Malaysia. Baru-baru ini, Universiti Taylor’s telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) bersama syarikat Agregator berita & kandungan bebas tiga bahasa, Newswav.

Ini juga melambangkan kerjasama kedua-dua jenama besar selama dua tahun untuk memperkukuhkan perkembangan kewartawanan digital dari segi akademik. Kolaborasi ini menggabungkan reputasi Newswav sebagai pengagregat berita nombor satu di Malaysia dan prestij Universiti Taylor’s, sebuah universiti swasta terbaik di Asia Tenggara untuk Pengajian Komunikasi dan Media, berdasarkan QS World University Rankings by Subject 2023.

Beri Peluang Pelajar Kewartawanan Taylor’s Ikuti Program Newswav

Taylor's

Kalau anda nak tahu, kerjasama ini juga banyak mendatangkan manfaat kepada kedua-dua buah pihak apabila pelajar Sarjana Muda Komunikasi Massa (Bachelor of Mass Communication) dengan pengkhususan dalam Kewartawanan di Sekolah Media dan Komunikasi Taylor’s (SOMAC) akan berpeluang untuk mengambil bahagian dalam program baru Newswav Creator Incubation Programme. Pergh! 

Tambah lagi, pelajar juga dapat membina portfolio mereka dan menonjolkan bakat serta kemahiran kewartawanan mereka di bawah bimbingan rangkaian profesional industri dan pencipta kandungan yang berjaya dari Newswav. Usaha macam ni yang perlu diperluaskan lagi di negara Malaysia!

Bagi pelajar projek tahun akhir, mereka akan diberi peluang bagi menyertai Program Penerbit Newswav untuk menjangkau khalayak yang lebih luas untuk projek tahun terakhir mereka iaitu surat khabar pelajar yang dikenali sebagai ‘The InkSlingers’, yang telah disiarkan sejak penerbitan pertamanya pada tahun 2003.

Kolaborasi Bersama Organisasi Media Beri Pendedahan Tidak Ternilai Buat Pelajar

Taylor's

“Kolaborasi antara Sekolah Media dan Komunikasi dengan Newswav menegaskan komitmen kami untuk menyediakan pengalaman pembelajaran yang seimbang dan holistik kepada pelajar kami. Kolaborasi dengan organisasi media seperti Newswav memberikan pelajar kami pendedahan yang tidak ternilai kepada cabaran dunia nyata, kemajuan teknologi, dan trend baru yang membentuk amalan kami. Kolaborasi seperti ini membolehkan pelajar kami untuk membangunkan kebolehsuaian dan daya tahan yang diperlukan untuk berjaya dalam bidang yang sentiasa berubah ini,” kata Philip Gan Chee Keat, Pengarah Program Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Taylor’s.

MOU tersebut ditandatangani oleh Prema Ponnudurai, Ketua Sekolah Media dan Komunikasi dan Swee Wai Hoow, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Newswav di Kampus Taylor’s Lakeside hari ini, sempena Journofest pertama SOMAC. 

Untuk pengetahuan Journofest bertujuan untuk menarik minat pelajar dalam bidang kewartawanan dan media. Ia juga bertujuan untuk merapatkan jurang antara akademik dan industri serta berkongsi trend dan pandangan terkini mengenai kewartawanan dan industri media dengan pelajar.

“Kami sangat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Universiti Taylor’s untuk melancarkan Newswav Creator Incubation Programme. Melalui kolaborasi ini, kami berharap dapat membantu wartawan dan penulis muda untuk mencapai kerjayaan dalam era digital,” kata Wai Hoow.

Dalam masa yang sama, memorandum persefahaman ini mengetengahkan kerjasama akademik-industri melalui inisiatif seperti kursus pengiktirafan dan bengkel Masterclass dalam bidang kewartawanan, video, podcast, dan penciptaan kandungan untuk pelajar, di mana mereka dapat memperoleh kelebihan daya saing untuk masa depan mereka. 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...