Fuh~~ Masih terasa kemeriahan dan kehangatan konsert The Red Tour Taylor Swift yang telah berlangsung di Malaysia minggu lalu. Penuh Stadium Putra Bukit Jalil dengan kehadiran para peminat penyanyi hebat ini. Terima kasih kepada AIA Bhd selaku penaja utama yang telah merealisasikan impian ribuan peminat Taylor Swift untuk menyaksikan kehebatan penyanyi ini beraksi secara ‘live’.
Sebelum tiba di Malaysia, Taylor Swift terlebih dahulu telah menggegarkan Jakarta dengan kehebatan vokalnya yang amat superb. Kami di BeautifulNara berkesempatan untuk menyaksikan sendiri pesona Taylor Swift di sana. Memang ‘world class’ sungguh. Kemeriahannya memang terasa lebih-lebih kebijaksanaan Taylor Swift berinteraksi dengan para peminatnya membuatkan kami rasa dihargai.
Sebelum konsert Taylor Swift berlangsung di Malaysia, AIA Bhd telah menganjurkan The AIA Red Party untuk para peminat Taylor Swift. Setiap jemputan yang disenarai pendek telah membuat persembahan tiru aksi Taylor Swift dan pemenangnya, Ashley Tay telah membawa pulang hadiah berupa peluang menyaksikan Lady Gaga, PSY, Big Bang dan ramai lagi di AIA Real Life Now Festival 2014 di Seoul, Korea. Semua perbelanjaan adalah ditanggung sepenuhnya oleh AIA Bhd.
Kami di BeautifulNara juga telah dibawa berjalan-jalan oleh ibu Taylor Swift. Orang kata kalau nak mengorat anaknya, kenalah mengorat emaknya dulu kan? Hehehe. Ketika The AIA Red Party ini, kami terkagum sebentar melihat kehebatan rakyat Malaysia meniru gaya Taylor Swift. Memang hebat-hebat belaka. Kalau Taylor Swift tengok mesti dia pun akan bangga.
Apa pun, terima kasih diucapkan kepada AIA Bhd kerana berjaya membawa masuk Taylor Swift ke Malaysia. Semoga selepas ini, lebih banyak artis bertaraf antarabangsa akan singgah ke Malaysia. Untuk makluman, AIA Bhd adalah peneraju syarikat insuran di Malaysia. Maklumat lanjut, layari www.aia.com.my dan juga Facebook AIA Bhd Malaysia.