Taylor Swift Dikecam Kerap Guna Jet Peribadi, Jadi Penyumbang Terbesar Pencemaran CO2

Dunia

Taylor Swift Dikecam Kerap Guna Jet Peribadi, Jadi Penyumbang Terbesar Pencemaran CO2

Penyanyi antarabangsa terkenal, Taylor Swift dicatakan sebagai sebagai penyumbang terbesar pencemaran karbon dioksida (CO2) dalam kalangan selebriti pada tahun ini.

Menerusi satu kajian baharu, mendapati jet peribadi milik Swift sudah melakukan sebanyak 170 penerbangan sejak Januari lalu.

Advertisement

Kajian itu dikeluarkan oleh firma pemasaran digital, Britain Yard yang dilakukan berdasarkan analisis penerbangan pesawat peribadi dan dikesan menggunakan penjejak penerbangan automatik Celebrity Jets.

Menurut laporan Daily Mail, kajian itu mendapati jet peribadi Swift mencatatkan pelepasan CO2 paling banyak dalam tempoh berkenaan dengan menduduki tempat teratas.

Selain Taylor, artis lain seperti penyanyi Jay Z, Blake Shelton, pengarah Steven Spielberg, Kim Kardashian, Mark Wahlberg dan Oprah Winfrey turut berada dalam senarai 10 penyumbang terbesar CO2 dalam kalangan selebriti.

Dalam pada itu, jurucakap Swift bagaimanapun menafikan laporan tersebut selepas dikecam para peminat dengan mendakwa penyanyi itu sering membenarkan orang lain membawa jet Falcon 7X miliknya untuk melancong di seluruh dunia.

Jet peribadi Swift dipinjamkan secara berkala kepada individu lain.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Ojani Noa pendapat mengenai perkahwinan J.Lo dan Ben Affleck
2 minggu lalu

"Dia Suka Jatuh Cinta Tapi Tak Pandai Jaga Relay" - Bekas Suami Yakin J.Lo & Ben Affleck Akan Cerai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Daily Mail

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...