Porsche telah melancarkan kereta sports elektrik yang pertama sepenuhnya yang memiliki kuasa sehingga 750hp dan tork mencecah 1,050Nm.
Porsche berjaya memberikan model Taycan nilai pekali seretan hanya 0.22. Ini sekali gus membantu mengurangkan penggunaan tenaga dan meningkatkan jarak perjalanannya.
Terdapat 2 model untuk keluaran ini iaitu Taycan Turbo dan Taycan Turbo S.
Kedua-duanya telah dilengkapi dengan pacuan semua roda dengan pectan 0-100km/h dalam jangka masa 2.6 saat. Top speed bagi model ini mampu mencapai sehingga 259km/h.
Bukan itu sahaja, kereta ini cuma perlu masa 22.5 minit untuk 80% pengecasan kerana ia menawarkan teknologi fast charging untuk bateri.
Pengecasan penuh bagi Porsche Taycan ini membolehkan kereta ini bergerak sejauh 402km.
Porche Taycan ini juga merangkumi sistem suspensi udara adaptif dengan teknologi tiga chamber, kawalan peredam elektronik (Porsche Active Suspension Management), Porsche Dynamic Chassis Control Sport (PDCC Sport) dan Porsche Torque Vectoring Plus (PTV Plus).
Porsche Taycan Turbo mula ditawarkan dengan harga $150,900 (RM632,723.70) manakala Taycan Turbo $185,000 (RM775,705.00). Harga yang ditawarkan juga jauh lebih premium berbanding pencabar mereka iaitu Tesla Model S.
Pasti ramai peminat kereta terliur lihat model Taycan ini?
Sumber: CNN Business