Tayangan Perdana Suntingan Khas Filem #LeeChongWei Di Stadium Nasional Bukit Jalil 9 Mac Ini

Trending

Tayangan Perdana Suntingan Khas Filem #LeeChongWei Di Stadium Nasional Bukit Jalil 9 Mac Ini

Filem Lee Chong Wei mengisahkan tentang kehidupan pemain badminton dunia, Datuk Lee Chong Wei bakal bertemu penonton pada 9 Mac depan (seminggu sebelum tayangan di pawagam). Peminat badminton berpeluang menjadi penonton pertama melihat tayangan sulung filem versi tambahan berdurasi 133 minit itu di Stadium Nasional, Kuala Lumpur Sports City.

Advertisement

Menurut Penerbit Eksekutif Filem, Datuk Joe Lee memberitahu Chong Wei belum lagi sempat menonton filem tersebut dan buat pertama kali akan menyaksikannya bersama penonton yang hadir.

Filem arahan Teng Bee itu akan ditayangkan di dalam stadium menggunakan layar gergasi LED berukuran 40 meter X 17 meter, sekali gus menjadikannya sebagai majlis tayangan perdana filem terbesar di Malaysia.

Penonton yang hadir juga boleh menyaksikan acara Permaidani Merah sepanjang 100 meter yang mengalu-alukan kedatangan jaguh-jaguh badminton tanah air, para pelakon filem ini serta tetamu selebriti.

Dalam pada itu, pihak penganjur akan turut menjemput skuad badminton Negara yang menjuarai Piala Thomas 1992.

Tiket untuk acara berharga RM88, RM108, RM128 dan RM168 boleh dibeli menerusi laman web WWW.MYTICKET.ASIA

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...