Tayang Video Suami Solat Di Belakang Gerai, Abby Abadi Pelik Ada Netizen Tak Senang Hati

Hiburan

Tayang Video Suami Solat Di Belakang Gerai, Abby Abadi Pelik Ada Netizen Tak Senang Hati

Pelakon Abby Abadi yang baru-baru ini berkongsi video suaminya Muhammad Faizal Zakaria sedang menunaikan solat di belakang sebuah gerai nampaknya telah mengundang rasa kurang senang segelintir netizen di luar sana.

Namun, bagi Abby, dia tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk tetapi hanya ingin memberi pesanan yang bermanfaat buat peminat yang mengikutinya di ruangan media sosial itu.

Advertisement

Menulis panjang lebar di entri berikut, Abby memberitahu bahawa hanya Allah S.W.T tahu niat sebenar dia memuat naik video berkenaan. Hanya untuk memberi peringatan, dia turut menyelar sikap masyarakat yang hanya tahu mengkritik apabila berkongsi mengenai perihal keagamaan.

View this post on Instagram

Meh Abby Abadi nk membebel lagi … . Semalam Sy kongsikan video suami solat ni kt story.. ada yg dm kata ini riak, menunjuk. Sy balas semula, Sy kata kalau suami pos sendiri, mungkin menunjuk tp kan Sy yg pos, ALLAH lebih tahu niat seseorang tu ? . Ini IG Sy… ye Sy tak sempurna. Takkan mungkin sempurna… tapi Sy cakap, Sy kongsi tazkirah, renungan qalbu.. ingatkan pasal solat dalam IG ni agar IG sy bermanfaat utk org lain. Jadi bila tiba2 Sy padam, ada juga kenangan indah yg Sy tinggalkan disini.. ? . Rugi kalau guna laman sosial sembang kosong je, buat lawak tah apa2, tunjuk itu, tunjuk ini tp langsung tak berdakwah semampu kita & sampaikan peringatan dari DIA. Konon agama/amal ibadat sendiri2.. dalam laman sosial utk enjoy2 je. Sakit sungguh la kalau beranggapan begitu ? . Bila ingatkan benda baik2, pergi mana2, apa keadaan pun mesti jaga solat, serba tak kena.. bila ajak liburan, ajak gi konsert, pergi layan benda2 mengarut.. berpuluh2 kali post pun takpe, siap repost lagi..bila pasal solat, sentap tak tentu hala… itulah kesilapan besar kita sbnrmya. Walhal hidup ni mmg utk sebarkan agama DIA. Muhasabahlah..mmg tanggungjawab kita saling mengingatkan & berpesan2. Berpesan2.dgn kebenaran. Berpesan2 dgn kesabaran. Bukan sebab kita konon baik dari org lain, tp sebab nak sama2 ke syurga & bernilai disisiNYA ? . Renungggggggg balik apa sbb ALLAH masih izinkan kita bernyawa hingga hari ini. Enjoy selagi buleh ke atau ingat mati buleh dtg bila2? Takpelah.. nnti taubatlah.. Nanti solatlah.. Banyak nauu nanti, tiba2 mati… nk jawab mcmana dgn ALLAH dalam kubur nanti? . Rugi wak hidup tak solat.. dah besar panjang dah pun. Nak kaya, nak makan sedap, nak enjoy selalu, gi bercuti selalu.. tp solat taknak.. caner? Siapa nk bagi ? . Ok bai. Sambung membebel bila free ye hehe 26/9/2020

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

“Bila ingatkan benda baik-baik, pergi mana-mana, apa keadaan mesti jaga solat.. serba tak kena..bila ajak liburan, ajak pergi konsert, pergi layan benda benda mengarut.. berpuluh-puluh kali post pun tak apa, siap repost lagi. Apabila fasal solat, sentap tak tentu hala, itulah kesilapan besar kira sebenarnya walhal hidup ini memang untuk sebarkan agama-Nya”

Dalam pada itu, dia turut meminta mereka di luar sana supaya sentiasa merenung kembali tujuan hidup di atas muka bumi ini dan mengutamakan solat meskipun sentiasa sibuk dengan hal duniawi.

“Rugi hidup tak solat.. dah besar panjang dah pun. Nak kaya, nak makan sedap, nak enjoy selalu, pergi bercuti selalu tapi solat tak nak macam mana? Siapa nak bagi?” – Abby Abadi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...