“Tayang Suami ‘Belanja’ Penyondol” – Janna Nick Kongsi Video Dini Schatzmann Mengemas Rumah, Komen Nakal Netizen Jadi Tumpuan

Hiburan

“Tayang Suami ‘Belanja’ Penyondol” – Janna Nick Kongsi Video Dini Schatzmann Mengemas Rumah, Komen Nakal Netizen Jadi Tumpuan

Pengantin baru, Janna Nick dan Dini Schatzmann sememangnya terkenal kerana kemesraan mereka di media sosial sejak bercinta sehinggalah sah bergelar suami isteri.

Baru-baru ini, aktres itu ada berkongsi video Dini sedang mengemas rumah dan mengemop lantai di kediaman mereka sehingga menerima pelbagai respon netizen.

Advertisement

Dini yang memakai baju tanpa lengan dan berseluar pendek kelihatan sibuk mengemas sambil dirakam video oleh isteri tersayang, Janna Nick.

Janna juga memuji suaminya itu sebagai seorang yang rajin membuat kerja rumah.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tampil meninggalkan komen berbaur pujian terhadap Dini. Kata mereka, Dini bukan sahaja kacak, malah rajin pula!

Namun, ada juga yang merasakan Janna tidak sepatutnya memuat naik video tersebut kerana boleh dianggap saat privasi di rumah dan seharusnya dinikmati oleh mereka berdua sahaja sebagai pasangan suami isteri.

Kata netizen lagi, kini ramai ‘penyondol’ yang cuba mencari mangsa dan Janna sepatutnya lebih berhati-hati ketika berkongsi saat saat manis bersama suami tercinta di media sosial.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Kak KM
6 months ago

"Kepada Mulut Mulut Bab*..." - Kak KM Berang Dituduh Anak Sakit Jantung Sebab 'Dosa Mak'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...