Tayang Poster Ikonik Drama ‘Kampung People’, Netizen Dah Tak Sabar, Banjiri Ruangan Komen Foto Elly Mazlein

Hiburan

Tayang Poster Ikonik Drama ‘Kampung People’, Netizen Dah Tak Sabar, Banjiri Ruangan Komen Foto Elly Mazlein

Drama Kampung People arahan Wan Hasliza Wan Zainuddin yang sebelum ini menerima sambutan yang positif dan di luar jangkaan bakal kembali menerusi musim terbaru tidak lama lagi.

Difahamkan, drama untuk musim ke-2 itu kini sedang giat menjalani proses penggambaran.

Advertisement

Walaupun masih belum ditayangkan, sambutan yang diterima agak luar biasa apabila pelakon utama untaian drama terbabit, Elly Mazlein dilihat memuat naik foto ikonik keluarga Pak Abu sama seperti dalam babak musim yang pertama.

View this post on Instagram

Rindu x dgn keloge Pak Abu? . A K A N D A T A N G . #kampungpeople2 #kampungpeople

A post shared by ?SaraAzlan? (@iamellymazlein) on

View this post on Instagram

Cer teka, cer teka, siapa diorang ni semua? Hehe. Kbai.?? . #kampungpeople2 #klmotionpictures #slotlestarytv3 #dramasangat

A post shared by Rashidi Ishak (@rashidi_ishak) on

 Ternyata, ramai peminat menantikan kesinambungan drama tersebut dan teruja menanti untuk ianya ditayangkan.

Malah, entri berkenaan turut dimuat naik oleh Rashidi Ishak yang memegang watak Pak Abu di platform yang sama iaitu Instagram.

Mengintai ruangan komen,ramai netizen telah meluahkan rasa tidak sabar dan teruja menantikan sambungan drama tersebut.

Dimaklumkan sehingga kini masih belum ada pengumuman rasmi mengenai tarikh tayangan, drama Kampung People akan mengekalkan pelakon yang sama sepertimana musim pertama dan bakal menampilkan muka baharu untuk musim kedua, antaranya penyanyi dan juga pengacara, Adibah Noor.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...