Baru-baru ini tular tentang seorang lelaki yang berkongsi tentang pernikahan bersama isteri ketiganya dan berkata isteri pertama dan kedua menyokong perkahwinan tersebut.
Apa yang membuatkan ia lebih mendapat perhatian adalah kedua-dua isterinya sendiri bersatu dan membuat persiapan majlis bersama-sama. Pemuda terbabit secara terbuka turut mempromosikan kehidupan poligami harmoni kepada semua lelaki lain.
Bagaimanapun, hantaran seorang peguam dikenali Asiah Abd Jalil di Facebook, meraih perhatian dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
Asiah seolah-olah mendedahkan realiti hitam yang disembunyikan di sebalik keharmonian poligami yang cuba digambarkan lelaki itu dan semua isterinya.
Dakwa Asiah, cara lelaki tersebut berpoligami dan caranya tidaklah ‘harmoni’ seperti yang diceritakannya di media sosial.
Lebih mengejutkan, Asiah turut mendakwa isteri keduanya pernah diceraikan menerusi Whatsapp dan telah menjadi mangsa keganasan suami dan isteri pertama.
Bukan itu sahaja, Asiah mendakwa perkahwinan bersama isteri kedua tidak mendapat restu daripada wali dan keluarga belah perempuan.
Sebelum bernikah, isteri kedua lari dari rumah. Berbulan-bulan tanpa khabar berita. Suami fail permohonan wali enggan di mahkamah syariah. Akhirnya berjaya menikahi isteri kedua.
Dalam hantaran yang sama, Asiah turut mendakwa lelaki itu bernikah dengan isteri ketiganya di Thailand setahun lalu, juga tanpa restu wali dan keluarga.
Majlis perkahwinan isteri ketiga diadakan baru-baru ini sekadar nak tutup cerita pasal kahwin lari di Thailand. Kononnya isteri-isteri reda dan support madu 3. Isteri pertama dan ketiga disuruh tinggal serumah. Isteri kedua disuruh tinggal di kedai milik suami.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.