Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Tayang Lawak Tidak Senonoh, Penceramah Tegur Adegan Program Komedi

Kecoh ketika ini apabila tindakan orang penceramah bebas, Akhi Fairuz Al-Jengkawi tampil berkongsi sedutan video sebuah rancangan komedi tanah air memaparkan seorang pelawak terkenal sedang ‘mengukur kelapa’ dengan gaya yang agak keterlaluan.

Advertisement

Katanya, lawak yang ditonjolkan seakan lucah dan mampu menjadi punca kepada kes-kes cabul atau ‘sexual harassment’.

Meskipun wujud segelintir pihak yang tampil memaklumkan bahawa lawak tersebut adalah perkara biasa, namun Akhi menegaskan alasan seperti itu membuktikan perkara tersebut sudah menjadi ‘basi’ atau normal dalam masyarakat.

https://twitter.com/akhifairuz_/status/1339828329508048896?s=21

Katanya, biarpun ia dilihat sebagai topik hangat dalam kalangan masyarakat zaman ini, akam tetapi isu ‘lucah’ tidak wajar dijadikan sebagai inspirasi daam membuat lawak demi membuat penonton ketawa.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat menyokong hujahnya dan menzahirkan kebimbangan andai adegan seperti itu ditonton oleh kanak-kanak.

Advertisement

https://twitter.com/akhifairuz_/status/1339840104253157381?s=21

Lantas beliau juga memaklumkan kepada umum agar tidak memandang ringan perkara ini kerana ia boleh menyumbang kepada peningkatan masalah gejala sosial di negara ini.

Sumber: Oh My Media

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 Comments

  1. Anonymous

    December 19, 2020 at 11:55 am

    Xnmpk pn ke arah tue..dy sndri yg pk ke arah tue…pastue slhkn owg yg berfikir positif..kalo xska rncgn tersebut jgn r tgk..anda sndri yg mengundang otak anda berfikir ke arah tue..

  2. Wewo

    December 19, 2020 at 1:33 am

    Golongan pendakwah memang triggered kalau isu-isu seks/kahwin poligami. Soal ekonomi islam, tanggungjawab suami, nafkah, hukum faraid diam.

    • Anonymous

      December 19, 2020 at 11:02 am

      Sebab kau baca ulasan pendakwah pasal isu seks ni je. Ulasan dorang pasal nafkah, hukum faraid semua tu kau tak baca. Sebab tu kau kata dorang diam, sebab kau tak cari, tak baca.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama