Tayang Koleksi Kunci Kereta Sebagai Sarapan Pagi, Dato’ Aliff Syukri Dikecam Lagi

Tayang Koleksi Kunci Kereta Sebagai Sarapan Pagi, Dato’ Aliff Syukri Dikecam Lagi

Boleh dikatakan, saban minggu pasti ada isu-isu sensasi yang melibatkan jutawan kosmetik, Dato’ Aliff Syukri. Terbaru, dia telah memuat naik gambar sarapannya iaitu sebiji epal hijau dengan dua keping roti di atas sebuah pinggan.

Advertisement

Namun pinggan sarapannya itu dikelilingi oleh tujuh kunci kereta yang terdiri dari kereta-kereta mewah dan satu kunci kereta tempatan.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.


sarapan pagi saya..??

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Aliff menafikan gambar yang dimuat naik itu sebagai satu bentuk publisiti untuk menaikkan namanya dan ,melariskan produknya kerana ujarnya,  produknya sememangnya sudah laris. Namun begitu, tujuan sebenar Aliff tidak dinyatakan oleh empunya diri.

Ada pengikutnya berpendapat, dia memuat naik gambar itu sebagai satu bentuk motivasi kepada insan lain agar berjaya dalam perniagaaan dan mampu membeli koleksi kereta mewah sepertinya.

Namun begitu, lebih ramai yang menegur Aliff kerana berpendapat Aliff menunjuk-nunjuk kekayaannya.

Whats_App_Image_2017-09-12_at_15.40.53

Whats_App_Image_2017-09-12_at_15.40.54

Whats_App_Image_2017-09-12_at_15.43.02

Whats_App_Image_2017-09-12_at_15.43.07

Whats_App_Image_2017-09-12_at_15.43.28

Whats_App_Image_2017-09-12_at_15.44.01Bila sudah muat naik gambar dengan kapsyen sebegitu sudah pasti orang ramai memberi reaksi bercampur-baur.

Kesemuanya berunsur positif dan negatif namun penulis yakin Netizen sebenarnya berniat baik kerana mahu Aliff tidak terjerumus ke kancah riya’. Bukankah itu tanda Netizen prihatin? – beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...