Boleh dikatakan, saban minggu pasti ada isu-isu sensasi yang melibatkan jutawan kosmetik, Dato’ Aliff Syukri. Terbaru, dia telah memuat naik gambar sarapannya iaitu sebiji epal hijau dengan dua keping roti di atas sebuah pinggan.
Namun pinggan sarapannya itu dikelilingi oleh tujuh kunci kereta yang terdiri dari kereta-kereta mewah dan satu kunci kereta tempatan.
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Aliff menafikan gambar yang dimuat naik itu sebagai satu bentuk publisiti untuk menaikkan namanya dan ,melariskan produknya kerana ujarnya, produknya sememangnya sudah laris. Namun begitu, tujuan sebenar Aliff tidak dinyatakan oleh empunya diri.
Ada pengikutnya berpendapat, dia memuat naik gambar itu sebagai satu bentuk motivasi kepada insan lain agar berjaya dalam perniagaaan dan mampu membeli koleksi kereta mewah sepertinya.
Namun begitu, lebih ramai yang menegur Aliff kerana berpendapat Aliff menunjuk-nunjuk kekayaannya.
Bila sudah muat naik gambar dengan kapsyen sebegitu sudah pasti orang ramai memberi reaksi bercampur-baur.
Kesemuanya berunsur positif dan negatif namun penulis yakin Netizen sebenarnya berniat baik kerana mahu Aliff tidak terjerumus ke kancah riya’. Bukankah itu tanda Netizen prihatin? – beautifulnara.com