Tayang Kereta Mewah Bukan Riak, Hanya Kongsi Hasil Titik Peluh Sendiri – Ismail Izzani

Hiburan

Tayang Kereta Mewah Bukan Riak, Hanya Kongsi Hasil Titik Peluh Sendiri – Ismail Izzani

Berkongsi keterujaan bakal memiliki kereta mewah Mercedes Benz CLA 200 tidak lama lagi, rata-rata netizen menyifatkan penyanyi BBNU, Ismail Izzani seakan ingin menayang kemewahan yang dimiliki. Bagaimanapun, Ismail menjelaskan dia bukan bersikap riak tetapi hanya ingin berkongsi pencapaian hasil titik peluhnya sendiri.

Advertisement

Instagram itu ruang untuk saya berkongsi banyak perkara dan contohnya baru-baru ini saya muat naik foto beli kereta mewah bukan sebab nak menunjuk atau riak. Sebenarnya, saya hanya mahu berkongsi apa yang saya miliki atas usaha dan hasil titik peluh sendiri, bukannya berbangga diri semata-mata!

Selama tiga tahun dalam industri, saya rasa tak salah untuk saya beri penghargaan untuk diri sendiri dengan membeli sesuatu yang kita minat dan kereta mewah itu adalah kereta pertama saya.


Memuat naik video dan foto aktiviti sehariannya adalah salah satu cara Ismail untuk berkomunikasi dengan peminatnya dan ramai yang memahami caranya itu.

Saya kongsi banyak benda, sampai buat video menari gila-gila pun saya upload, kebanyakan pengikut setia sudah faham dan tak ambil serius. Tapi kalau orang yang tak biasa dengan cara saya, mereka pasti akan mengecam. Tak apalah masing-masing ada cara utuk meluahkan pendapat dan saya terima apa saja komen mereka.

Tidak mengapalah Ismail, setiap orang mempunyai pendapat berbeza. Teruskanlah dengan cara anda tersendiri. Satu hari nanti, orang akan berhenti mengata juga, cuma jangan dilayan sahaja.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

10 Comments

  1. Yana

    July 9, 2019 at 9:05 am

    masih dikategori riak.. takdenye kau nk ckp bile kau tak tayang jd tak riaknye..

  2. faraj

    July 8, 2019 at 10:57 pm

    melayu kalau tk haprak ..mereka tk tunjuk…takut LHDN kejor ..Sedara nk pinjam duit…takut org Pau…melayu haprak jer suka tunjuk2 jer..sebab bukan harta mereka…kete pun dambung bayar pastu bulan ke2 melopong……tu yg sebenar nya….

  3. Anonymous

    July 8, 2019 at 4:52 pm

    Nak kongsi hasil titik peluh ye.. Bak sini kunci. Kongsi keta tu dgn aku. Bosan gak aku asek naik mrt hari2

  4. Anonymous

    July 8, 2019 at 4:07 pm

    iyor laaa izzani… respect jgk dia ni xamik spm pun perah otak mula dari bawah cari idea tuk ade lagu… memang parent tolong tp kalo lagu haprak pun xmenjadi laku nyer izzani nih….
    skrg ni byk yg kuar U terus berlagak pandai nk gaji tinggi.. meroyan nk gaji mcm experience 10thn… dah laa exam marks cukup mkn.. jauh sungguh nk capai 3.8 pun… bila dpt koje gaji rm1k meroyan kt govt nasib diri mkn maggi… yg katenyer xlayak utk yg ade degree… ceiiii

    • Arrrrrrhhhhggg

      July 8, 2019 at 5:40 pm

      Ape tg nk di respectnya?
      Kete tu pun entah2 bayor bulan2.

      Nanti bila dh x de job, baru la sedar kepentingan spm tu.

  5. Maria Kari

    July 8, 2019 at 3:58 pm

    beza melayu dengan bangsa lain… kaya ckit riak la … contoh dsv, bang sajat, pondan safiey, alif sukri…

    • minah jambu say NO to drugs

      July 8, 2019 at 7:23 pm

      jangan peduli ape orang nak kata gua tau lu hensem ..

Loading...