Tayang Jalur Gemilang Lima Bucu, Persatuan Bola Keranjang Malaysia Mohon Maaf

Trending

Tayang Jalur Gemilang Lima Bucu, Persatuan Bola Keranjang Malaysia Mohon Maaf

Bar-baru ini tular di media sosial, gambar jalur gemilang yang ditayangkan dalam satu perlawanan bola keranjang. Menerusi video yang dikongsikan, semasa nyanyian lagu Negaraku dinyanyikan jalur gemilang yang ditayangkan seperti ada yang tidak kena.

Jalur gemilang yang dipaparkan pada skrin hanya mempunyai lima bucu dan selain tidak cukup jalur. Yang menyedihkan, kesilapan itu berlaku dari pihak Malaysia sendiri dan bukan dari penganjur negara luar.

Advertisement

“Malaysia Basketball Association konon, bendera Malaysia sendiri salah.”

Seperti yang disebutkan, kesilapan di pertandingan anjuran Malaysia Basketball Association tidak sepatutnya berlaku. Lagi-lagi apabila ianya dianjurkan oleh rakyat Malaysia sendiri.

bendera malaysia

Kredit: Twitter

Permohonan maaf

Malaysia Basketball Association tampil membuat permohonan maaf di laman Facebook mereka. Menurut mereka, kesilapan ini adalah sesuatu yang tidak disengajakan dan berlaku kerana kesilapan mereka sendiri.

Semasa upacara tersebut, pasukan siaran langsung kami telah tidak sengaja menayangkan bendera Malaysia yang salah pada skrin di stadium. Kami memohon maaf atas kesilapan ini dan kami akan bertanggungjawab sepenuhnya.

Walaupun begitu, permohonan maaf ini tidak diterima baik oleh ramai pihak. Ramai yang tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku kerana kesilapan ini seolah-olah tidak menghormati Jalur Gemilang negara sendiri.

Disebabkan itu, Menteri Luar Negeri, Dato’ Saifuddin Abdullah memaklumkan di laman Twitter pihaknya akan melakukan siasatan di atas insiden ini.

Sebelum ini, tular di media sosial apabila peserta ratu cantik menggelarkan dirinya mewakili Republik Malaysia. Untuk tahu lebih lanjut, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: Viral Peserta Ratu Cantik ‘Republic of Malaysia’, Penganjur Akhirnya Tampil Mohon Maaf

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...