Bar-baru ini tular di media sosial, gambar jalur gemilang yang ditayangkan dalam satu perlawanan bola keranjang. Menerusi video yang dikongsikan, semasa nyanyian lagu Negaraku dinyanyikan jalur gemilang yang ditayangkan seperti ada yang tidak kena.
Jalur gemilang yang dipaparkan pada skrin hanya mempunyai lima bucu dan selain tidak cukup jalur. Yang menyedihkan, kesilapan itu berlaku dari pihak Malaysia sendiri dan bukan dari penganjur negara luar.
“Malaysia Basketball Association konon, bendera Malaysia sendiri salah.”
Malaysia basketball association konon, bendera malaysia sendiri salah, pastu acah2 nak minta maaf kat page fb, carik pasal la puak2 ni pic.twitter.com/tIvZ9pNlut
— ISH (@mdotisham) November 25, 2019
Seperti yang disebutkan, kesilapan di pertandingan anjuran Malaysia Basketball Association tidak sepatutnya berlaku. Lagi-lagi apabila ianya dianjurkan oleh rakyat Malaysia sendiri.

Kredit: Twitter
Permohonan maaf
Malaysia Basketball Association tampil membuat permohonan maaf di laman Facebook mereka. Menurut mereka, kesilapan ini adalah sesuatu yang tidak disengajakan dan berlaku kerana kesilapan mereka sendiri.
Semasa upacara tersebut, pasukan siaran langsung kami telah tidak sengaja menayangkan bendera Malaysia yang salah pada skrin di stadium. Kami memohon maaf atas kesilapan ini dan kami akan bertanggungjawab sepenuhnya.
Disebabkan itu, Menteri Luar Negeri, Dato’ Saifuddin Abdullah memaklumkan di laman Twitter pihaknya akan melakukan siasatan di atas insiden ini.
Sy telah arahkan supaya insiden ini disiasat. https://t.co/RT4z3teviS
— Saifuddin Abdullah ?? (@saifuddinabd) November 26, 2019
Sebelum ini, tular di media sosial apabila peserta ratu cantik menggelarkan dirinya mewakili Republik Malaysia. Untuk tahu lebih lanjut, klik pautan di bawah.
Artikel berkaitan: Viral Peserta Ratu Cantik ‘Republic of Malaysia’, Penganjur Akhirnya Tampil Mohon Maaf