Kandungan isteri kini mencecah 8 bulan, pelakon dan pengacara, Awal Ashaari telah mendedahkan sedikit wajah anaknya yang diperolehi ketika imbasan Ultrasound yang dilakukan mereka berdua baru-baru ini.
Awal dilihat telah berkongsi foto sonogram anak keduanya itu di ruangan Instagram untuk tatapan peminat.
Menurut Awal, bayinya itu dilihat masih menyembunyikan wajah meskipun kini sudah berusia lapan bulan dalam kandungan.
View this post on Instagram
“Assalamualaikum, seperti biasa dia sorok muka lagi. Tapi tang hidung je dia tunjuk. Ni hidung mommy ke, hidung daddy ke, hidung Lara?”
Sering berkongsikan kisah kehamilan isterinya itu, pasangan ini walau bagaimanapun masih belum mengumumkan jantina anak kedua mereka yang bakal lahir kelak.
Scha dalam pada itu turut memberitahu bahawa dia sudah membuat persediaan untuk menyambut kelahiran ahli keluarga baru dalam hidup mereka menerusi perkongsian Instagramnnya.
View this post on Instagram
Ketika meninjau ruangan komen, ramai peminat nampaknya sudah tidak sabar menanti kelahiran adik kepada Lara Alana ini tidak lama lagi. Tidak kurang juga ada yang tampil memberikan kata-kata positif dan mendoakan agar ibu serta kandungan berada dalam keadaan yang baik.