Dilihat semakin mendapat tempat di dalam industri seni hiburan, nama anak perempuan kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Vidaiaitu Cik B kini mula menjadi sebutan ramai.
Lebih mengejutkan, Cik B kini khabarnya sudah temui cinta sejati apabila beliau dilihat tidak segan menayang foto kekasih hati kepada umum.
Perkara itu didedahkan sendiri oleh Cik B menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Insta Story dengan kapsyen ringkas “With My Fav Person”.
Difahamkan, jejaka kacak itu merupakan pelakon drama Lelaki Lingkungan Cinta, iaitu Aniq Suhair yang sebelum ini pernah dikatakan mirip penyanyi tersohor dunia iaitu Taehyung dari kumpulan BTS.
Bukan itu sahaja, Cik B yang sebelum ini sering mendapat tempias populariti daripada kontroversi yang dilakukan ibunya itu dikatakan turut memuat naik sebuah hantaran di laman Twitter dengan menyatakan bahawa dirinya kini sudah berpunya.
Susulan kejadian, rata-rata peminatnya menzahirkan ucapan tahniah buat Cik B kerana sudah berjaya temui cinta ketika di usia yang masih mentah.
dui engkorang comment² tak tengok lelaki lingkungan cinta ke ???
— Isha (@IrishShazwanee_) November 22, 2020
Akan tetapi, wujud juga segelintir pihak yang tampil mempersoalkan kisah percintaan itu sama ada perkara itu benar mahupun tidak kerana mengesyaki ia hanyalah gimik semata-mata yang direka khas bagi mempromosikan drama lakonan mereka yang berjudul Lelaki Lingkungan Cinta yang kini sedang hangat ditonton peminat di kaca televisyen.
Namun demikian, andai benar mereka bercinta pun apa salahnya kerana kedua-dua mereka memang tampak serasi bersama. Bak kata orang tua-tua, sama cantik sama padan. Semoga ikatan cinta yang dibina ini kekal hingga ke jenjang pelamin hendaknya.

tecit
November 26, 2020 at 9:56 am
adoihaii la cik b. tlg jgn jd cam mak awak boleh x. jgn lemah dgn cinta. cinta itu buta cikb… jgn jd buta please. Allah dah kate nk cari jodoh tu tgk agamanya. keturunannye. kemudian baru hartanya..
kau tgk bts-bf kau tu dr mane. rupe kann. pastu baru agama pastu baru harta.
die tgk kau? kau rase kt mane. harta dulu tauuu
Anonymous
November 25, 2020 at 1:51 pm
Tak dia nk couple ke ape tak kisah laa yg nk sama kan laki tu dgn taehyung bts dh knpe mirip ape nye tak sama langsung aku tgk
Anonymous
November 24, 2020 at 8:45 am
Gold digger boy
Anonymous
November 24, 2020 at 3:01 am
natang ape yg aku tgk ni,,,diorg buat gimik promo je duit2
anonymous
November 23, 2020 at 11:32 pm
cam ponen ada la… budak2 laki sekrng bnyk suka konek dari poen,cik b jgn terpedaya