Meskipun melalui episod luka dek rumah tangga yang tidak mampu diselamatkan sebelum ini, selebriti Hunny Madu kini nampaknya lebih bahagia bersama kekasih barunya yang berasal dari Itali.
Bahkan wanita itu tidak segan untuk mengakui bahawa hubungannya dengan cef antarabangsa, Fedrighi Francesco kini berada pada tahap yang serius.
“Hubungan kami agak serius setakat ini tetapi jika ada apa-apa saya akan umumkannya nanti. Kami juga sudah berjumpa dengan keluarga masing-masing, malah dia sangat rapat dengan keluarga saya.”
Melihatkan foto mereka yang mesra bersama ketika di Langkawi, jelas kelihatan bahawa pasangan ini sedang dilamun cinta.
Tidak kekok menyertai keluarga besar Hunny, wanita itu turut menjelaskan bahawa kekasihnya tersebut sudah lama tidak bercuti lantas membuatkan dia mengajaknya bercuti sekali.
“Saya rasa tak salah pun dia ikut sekali kerana dia pun berkongsi bilik dengan adik lelaki saya di sana.”
Advertisement
Bukan sahaja melayan Hunny dengan baik malahan lelaki itu turut memaparkan sisi yang penyayang terhadap anak-anaknya, Adam Musa (3) dan Eva Medina (7).
“Anak-anak saya sayangkan dia sebab dia seorang yang penyayang dan suka membuat lawak. Jadi mereka sudah mula rapat.”
Semoga Hunny dan anak-anak mengecap bahagia dengan lembaran hidup yang baru ini.

jiransbelah
October 12, 2020 at 4:23 pm
bile netizen kecam ckp dah kwen bln 5 mongokkn beliau..
Dunia nk kiamat
October 9, 2020 at 5:17 pm
Yg aku melik mak, apak dia leh nengok jerk!! Dia dh tau yg anak dia lom SAH!
honeyismadu
October 8, 2020 at 4:41 pm
dia ni non muslim ke? aku tak kenal la sapa honey madu ni..
Anonymous
October 8, 2020 at 4:50 pm
Wikipedia :
Hani Farhana binti Mohd Hatim (lahir 1 April 1984), atau lebih terkenal sebagai Hunny Madu atau Hani Hatim, ialah seorang pengacara TV, penyampai radio, model, penyanyi dan pelakon wanita Malaysia
Astaga
October 8, 2020 at 5:32 pm
Muslim boleh comolot & post ea. Hmmmm dunia
Anonymous
October 8, 2020 at 3:23 pm
Takde social distancing ni.. mohon KKM saman. bukti dah ada jelas