Tayang Bibir Dengan Kesan Seperti Pembedahan, Zarina Anjoulie Tutup Ruangan Komen

Hiburan

Tayang Bibir Dengan Kesan Seperti Pembedahan, Zarina Anjoulie Tutup Ruangan Komen

Tampil memuat naik foto dirinya dengan keadaan bibir seperti baru melakukan pembedahan, nama pelakon Zarina Anjoulie kini kembali menjadi bualan hangat netizen.

Advertisement

Menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagram, Zarina mendedahkan dirinya sedang melakukan ‘sesuatu’ di bahagian dan khabarnya akan berkongsi lebih lanjut mengenai kelak.

“Fixing my lips at @my_gorgeous_clinic, nanti Anju buat video ok.”

Anju juga dilihat turut memaparkan fotonya dengan kesan jahitan di bibir bahagian atas tanpa menjelaskan apa yang telah terjadi terhadap bibirnya.

Semalam, entri tersebut difahamkan mendapat pelbagai riaksi daripada  netizen termasuklah wujud segelintir pihak seakan mempertikaikan tindakannya itu yang dianggap mengubah ciptaan Tuhan.

Bagaimanapun, semua komen yang ditinggalkan netizen dikatakan sudah tiada pada awal pagi ini kerana Zarina bertindak menutup ruangan komen posting berkenaan.

Apa-apa pun, biar tuan punya badan sendiri memberi pencerahan apa sebenarnya yang cuba dilakukan terhadap bibirnya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...