Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Tayang Baki Akaun Bank Ada RM40, Aaron Aziz Berkongsi Tak Semua Artis Kaya Raya Di Instagram

Pelakon yang kini bergelar Datuk, Aaron Aziz berkongsikan jumlah wang yang ada di akaun bank di ruangan Instagram miliknya, baru-baru ini.

Mungkin sekadar simbolik, Aaron Aziz menyangkal dakwaan sesetengan pihak yang beranggapan bahawa kehidupan artis di Malaysia ini penuh dengan kemewahan dan kaya raya. Mungkin hanya segelintir, tapi tidak semua.

Advertisement

Dia yang memuat naik entri baki akaun banknya itu turut menulis kapsyen panjang lebar dan berseloroh mengenai hakikat kehidupan bergelar penghibur.

View this post on Instagram

Ramai orang suka tayang kemewahan. Saya nak kongsi ke tak mewahan. Artist pun manusia biasa…cari rezeki sama jugak.Bagi tips sikit boleh order makan apa eh dgn RM40 utk 4 orang? .. #Jgnkecamye #Abgcumanakbagisemangat #AbgtakkayatapiALHAMDULILLAH #AbgbankinkatOreo #Abgbagikatanak #AbgbagikatMakygtengahsakit #Kocetkosongtapitanganberisiyedontplayplay

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz) on

“Ramai orang suka tayang kemewahan. Saya nak kongsi ke mewahan. Artis pun manusia biasa..cari rezeki sama jugak. Bagi tips sikit boleh order makan apa eh dengan RM40 untuk 4 orang?”

Advertisement

Peminat dan rakan artis yang mengikuti perkembangan Aaron dilihat memahami simbolik entri berkenaan dan ramai yang meninggalkan komen memahami apa yang cuba disampaikan oleh pelakon filem Ombak Rindu ini.

Perkembangan terkini, baru-baru ini Aaron Aziz dan isteri telah mengucapkan selamat tinggal buat anak sulung mereka, Danish Anaqi,16, yang telah berlepas ke Jepun untuk menyambung pelajaran. Sekadar info, Aaron dan isteri, Datin Diyana Halik turut mempunyai dua lagi cahaya mata iaitu Dwi Ariana,14, dan Dahlia Arissa yang kini berusia 10 tahun.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top