March 8th, 2018

Isu antara Intan Liana, Ude Wahid dan Izreen Azminda betul-betul memberikan kesan dan menjadi perhatian masyarakat.  Ramai yang bersimpati dengan nasib Intan serta dua orang anaknya dan menganggap beliau sebagai seorang wanita dianiaya hanya kerana orang lain ingin mencipta kebahagiaan mereka sendiri.

Antara orang yang mahu membantu Intan untuk berdikari dan bangkit dengan semangat baru adalah Datuk Seri Aliff Syukri.

Baru-baru ini, Aliff menerusi akaun Instagram memuat naik foto bersama Intan dan menyatakan hasratnya untuk menghulurkan bantuan kepada wanita itu.  Ramai yang menyokong usaha murni Aliff.

Terbaru, Intan muncul bersama Datin Seri Shahida sebagai model muslimah bagi tudung keluaran jenama Aliff sendiri. Intan kelihatan begitu cantik dan manis sekali.

Netizen yang melihat Intan muncul dalam iklan tersebut memuji dan menghargai usaha Aliff menawarkan pekerjaan kepada Intan dan berdoa agar rezeki jutawan kosmetik itu semakin murah dan diberkati Allah SWT.

Sebelum ini ramai yang mengecam Aliff , tetapi setiap orang itu mempunyai kebaikan dan sisi positif mereka sendiri. Semoga segalanya dipermudahkan buat beliau dan juga Intan.


32 responses to “Tawarkan Kerja Dan Ingin Bantu Intan Liana, Aliff Syukri Dipuji Netizen”

  1. melati says:

    alhamdullilah, yg penting jgn Niaga Tudung dlm Disko..( Peniaga2 Misekin jer jaja Agama dlm Disko.)….kikiki

  2. Anonymous says:

    Aku x faham la ngan netizen ni, dulu keji2 dan kutuk2 si aliff, ni dah memuji melambung pulak, hipokrat sggh…

    • makcik awok says:

      Kemon geng , nie bukan hipokrat… mana yg elok kita sokonglah , mana yg x elok kita perambat.
      Pernah ker mak kita perambat kalau kita buat elok. Oleh kerana Aliff nie bukan anak kita , kita takat dpt sound pahit2 manis perit jerk kat dia. Bukan nak hipo semata2.

  3. Anonymous says:

    bagi aku, intan ni muka dia biasa2 jer, bila dah make up baru nmpk cantik…tapi walau bagaimanapon, syukur dia memperolehi rezeki setelah dianiaya oleh si Kude….

  4. Anonymous says:

    symbiotic relationship lah. he is a businessman. dia nampak sympathy yang netizens berikan pada Intan will help to boost his image and reputation also his products. Come on people. But yes, applause for Aliffsyukri lah for stepping up to assist Intan. Orang lain hanya tahu and boleh express “kesian” “x patut”..but Aliffsyukri is actually doing something to help ease Intan’s predicament.

  5. Sejuta rkyt Msia boikot Izreen&Ude says:

    Sy cadangkan Dato Aliff Syukri ambil Intan Liana sebagai isteri kedua.
    Sekurang-kurangnya dia mampu kl nk banding dgn kUde tu.
    Barulah Izreen jering mendpt setepek.

Loading...