Tawaran Unifi Terbaharu Dengan Pelan Serendah RM 39 Sebulan Untuk 30Mbps

Teknologi

Tawaran Unifi Terbaharu Dengan Pelan Serendah RM 39 Sebulan Untuk 30Mbps

Unifi kini muncul dengan tawaran pelan terbaharu yang menyediakan perkhidmatan fibre, dengan harga serendah RM 39 sebulan. Sebelum ini, pelan terendah untuk Unifi adalah pada harga RM 79 dengan kelajuan 30Mbps dan kuota bulanan 60GB.

Di bawah pelan baharu ini juga , pelanggan boleh mendapatkan kelajuan internet 100Mbps dengan harga bermula RM 79 sebulan berbanding harga sebelum ini iaitu RM 129. Bagi kelajuan 300Mbps pula, ia ditawarkan pada harga RM 149 sebulan berbanding sebelum ini iaitu RM 199.

Advertisement

Dilaporkan pelan ini tidak diumumkan secara meluas oleh pihak TM, sebaliknya ia hanya ditawarkan kepada pelanggan terpilih sahaja.

Seorang individu @mAAdJimi berkongsi di halaman Twitternya perbualan dengan khidmat pelanggan Unifi, yang telah mengesahkan bahawa pelan tersebut mensasarkan pelanggan dari perkhidmatan jalur lebar lain.


Ini menjelaskan mengapa pelan terbaharu ini tidak diumumkan secara terbuka oleh pihak TM. Setakat ini masih tiada kenyataan rasmi daripada mereka.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...