Tawaran Sebanyak RM12 Juta Akan Diberikan Kepada Sesiapa Yang Berjaya Membunuh Donald Trump

Trending

Tawaran Sebanyak RM12 Juta Akan Diberikan Kepada Sesiapa Yang Berjaya Membunuh Donald Trump

Bukan mudah untuk rakyat Iran melupakan apa yang berlaku pada 3 Januari lalu, apabila Ketua Pasukan Quds Pengawal Revolusi Islam (IRGC) iaitu Qasem Soleimani dibunuh oleh Amerika Syarikat. Susulan serangan udara itu, ketegangan diantara kedua-dua negara itu semakin bertambah teruk.

Baca: Kronologi Ringkas Ketegangan Antara Iran Dan Amerika Syarikat Sejak pembunuhan Qasem Soleimani

Advertisement

Dalam misi menuntut keadilan di atas pembunuhan itu, seorang Senator Iran menawarkan ganjaran sebanyak $3 juta (RM12juta) kepada sesiapa yang berjaya membunuh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Ahmad Hamzeh, ahli parlimen tersebut memberitahu ganjaran tersebut ditawarkan bagi pihak masyarakat Kerman di mana wilayah tersebut menjadi lokasi persemadian Qasem Soleimani. Di dalam ucapan itu, dia tidak memberitahu sama ada ganjaran tersebut mendapat sokongan daripada pemerintah Iran.

AS$80 juta untuk kepala Trump

Ini bukanlah kali pertama Iran menawarkan ganjaran supaya Presiden Amerika Syarikat itu dibunuh. Tidak sampai seminggu sejak pembunuhan Qasem Soleimani, Iran telah menawarkan AS$80 juta (RM327 juta) kepada sesiapa yang berjaya mendapatkan kepala Trump.

Penyiar rasmi perarakan pengebumian Qasem Soleimani di Iran berkata sebanyak 1 dolar AS akan disumbangkan oleh setiap rakyat Iran untuk ganjaran tersebut. Jumlah penduduk di Iran adalah seramai 80 juta penduduk menjadikan ianya tidak mustahil bagi mereka memberikan ganjaran tersebut.

Iran sebelum ini telah menghantar satu serangan udara kepada pangkalan tentera Amerika Syarikat di Iraq. Susulan serangan itu, kedua-dua negara mula menghantar jet pejuang mereka sehinggakan Iran telah menembak pesawat Ukraine secara tidak sengaja.

Artikel berkaitan: Penunjuk Perasaan Berprotes Selepas Iran Mengaku Menembak Pesawat Ukraine Secara Tidak Sengaja

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...