Tawaran Pelbagai Subjek, KPM Umum Pengambilan Khas 18,702 Guru Julai Ini

Trending

Tawaran Pelbagai Subjek, KPM Umum Pengambilan Khas 18,702 Guru Julai Ini

Sebagai usaha untuk merapatkan semula jurang kekurangan guru ketika ini, Kementerian Pendidikan telah mengumumkan program pengambilan khas secara one-off melibatkan 18,702 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41.

Pengambilan ini adalah untuk menyelesaikan masalah kekurangan guru di negara ini terutama di Sabah, Sarawak, Johor dan Selangor.

Advertisement

Menurut Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, iklan pengambilan khas tersebut akan dikeluarkan pada 7 Julai 2021 dengan penempatan secara berperingkat bermula pada Oktober 2021.

Tambahnya, antara mata pelajaran berdepan masalah kekurangan guru yang tinggi melibatkan peringkat sekolah rendah ialah Bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Khas, Pendidikan Agama Islam dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

pengambilan guru

Gambar Hiasan

Manakala bagi peringkat sekolah menengah melibatkan subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Khas, Pendidikan Agama Islam serta Reka Bentuk dan Teknologi.

Cabaran utama pengambilan guru disebabkan daripada kekurangan calon guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) selain ketidakpadanan opsyen mata pelajaran tertentu dengan kekosongan semasa.

SUMBER : KERJA KOSONG

Sumber : KerjaKosong.co

Malah, pendekatan baharu bakal digunakan dalam pengambilan kali ini iaitu berdasarkan kluster opsyen mata pelajaran selain menerapkan kepelbagaian dalam kaedah pelantikan.

Bukan itu sahaja, pengambilan khas guru juga adalah satu usaha bersama dengan Jabatan Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Perkhidmatan Perguruan (SPP) untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga pelajar di Malaysia.

Diharapkan agar pengambilan guru dalam tempoh terdekat ini dapat mencapai proses pembelajaran yang lebih berkesan dan sistematik.

SUMBER

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...