Tak masuk akal!!! Murah sangat-sangat ini. Terkejut juga Abang Nara bila dapat tahu tentang tawaran OHSOM Poh Kong ini. Mana tidaknya, boleh dapatkan berlian, permata, gelang dan rantai yang super duper cantik bermula dengan harga RM250. Memang bling bling lah di pagi raya nanti.
Bermula 26 Jun sehingga 26 Julai ini, korang wajib pergi ke Poh Kong Ampang Point atau Poh Kong Subang Parade untuk melihat sendiri pelbagai rekabentuk yang ditawarkan bersempena tawaran OHSOM ini. Abang Nara sendiri dah pergi tengok dah. Memang cantik-cantik. Meh sini Abang Nara kongsikan beberapa gambar.
Apa yang menarik tentang tawaran OHSOM ini ialah range harganya yang sangat meluas. Bermula dari RM250 pun dah boleh dapat satu barang kemas. Kalau rasa ada duit lebih sikit, ada juga barang kemas pada harga pertengahan. Kalau bonus raya dapat banyak, bolehlah tengok barang kemas pada harga yang lebih tinggi. Kiranya untuk golongan pendapatan ada. Tak kiralah gaji tinggi ke, gaji rendah ke. Insya Allah ada barang kemas untuk anda bersempena tawaran OHSOM ini.
Ini antara koleksi barang kemas yang ditawarkan sempena tawaran OHSOM Poh Kong. Banyak lagi yang korang boleh tengok di Poh Kong Ampang Point dan Poh Kong Subang Parade bermula esok. Memang berpinau lah mata dibuatnya. Diingatkan, kesemuanya dijualkan berdasarkan first come first serve. Kalau dah habis, jangan menangis pulak. Hehehe.
Jangan lupa layari laman web Poh Kong di www.pohkong.com.my dan juga Facebook Poh Kong untuk informasi lanjut. Selamat membeli-belah!!!