Tawar Perkhidmatan Urut Dan Aktiviti Hubungan Sejenis, DBKL Tutup Premis Tanpa Lesen

Trending

Tawar Perkhidmatan Urut Dan Aktiviti Hubungan Sejenis, DBKL Tutup Premis Tanpa Lesen

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertindak menutup sebuah premis urut yang beroperasi tanpa lesen di Warisan City View, Ceras Kuala Lumpur. DBKL menerusi Jabatan Penguatkuasaan (JPK) telah melaksanakan Operasi Tindakan Khas Terhadap Premis Urut (GAY) pada petang semalam.

Melalui perkongsian di akaun Facebook rasmi DBKL, siasatan dan risikan yang dilakukan mendapati berlakunya aktiviti tidak bermoral itu di tingkat dua pemis berkenaan yang melibatkan lapan buah bilik dijadikan tempat urut dan aktiviti seks sejenis.

Advertisement

Bukan itu sahaja, semakan mendapati premis berkenaan tidak mempunyai lesen yang sah sebagai pusat urut di DBKL.

Hasil serbuan didapati kesemua yang ditahan bukan warganegara terdiri daripada lima orang warga Vietnam, Syria dan Indonesia sebagai tukang urut. Dua orang warga Myanmar sebagai pelanggan dan seorang warga Indonesia sebagai penjaga premis. Mereka ditahan dan diambil keterangan bagi proses dokumentasi DBKL.

Tindakan penguatkuasaan dengan mengeluarkan 1 notis kompaun di bawah UUK 3(1), Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian ( WPKL ) 2016 dan tindakan sita 25 pelbagai peralatan premis turut dilakukan (kondom, minyak pelincir dan lain-lain peralatan).

Ekoran itu, DBKL menutup serta merta premis berkenaan menerusi Seksyen 101(1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan tindakan ini dilakukan mengikut peruntukan undang-undang, bidang kuasa serta S.O.P DBKL.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...