Tawar Harga Serendah RM20,000, Sindiket Kereta Klon Aktif Buat Promosi Di Facebook

Berita

Tawar Harga Serendah RM20,000, Sindiket Kereta Klon Aktif Buat Promosi Di Facebook

Orang ramai dinasihatkan jangan terpedaya dengan sindiket kereta klon yang dilihat masih lagi aktif di media sosial Facebook terutamanya.

Menawarkan harga serendah RM20,000 untuk jenama mewah, pastinya ada yang tertipu apabila kereta idaman mereka dijual dengan harga yang cukup murah dan tidak masuk akal itu.

Advertisement
Sindiket kereta potongSumber : Utusan Malaysia 

Menurut Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf berkata bahawa permintaan kereta klon itu sentiasa mendapat permintaan dan trend tersebut dilihat semakin meningkat kerana harganya yang lebih murah daripada pasaran, seperti laporan Utusan Malaysia.

Jika dahulu, sindiket ini dilakukan secara senyap dan sembunyi, namun kini orang ramai lebih mudah mengakses maklumat mengenai kenderaan klon yang dijual pada harga murah menerusi media sosial seperti Facebook dan Telegram.

Antara jenama kereta mewah yang disita kerana dipercayai kenderaan klon adalah seperti Suzuki Swift, Mini Cooper, Honda, BMW, Volkswagen Golf, Toyota Grandis dan motosikal Yamaha RXZ.

Setiap kenderaan itu dijual pada harga sekitar RM20,000 dan ke bawah dan dianggap tidak munasabah selain salah dari segi undang-undang.

Selain itu, sindiket dikesan menggunakan kenderaan model sama yang telah berdaftar di Malaysia untuk mengaburi mata pihak berkuasa.

Seterusnya pemilik kenderaan itu sendiri bersubahat dengan penjual sindiket kereta klon dengan membuat salinan cukai jalan dan geran kemudian meletakkan cukai jalan yang telah ditiru pada kereta klon tersebut.

Dalam pada itu, JPJ Negeri Sembilan akan mengadakan lelongan awam kenderaan sit di Dewan Orang Rami Taman Tasik Jaya, Seremban pada 15 Februari ini.

ustaz abu syafiq saman balas KJ RM500 juta
2 years ago

"Usah Pertuhankan WHO" - KJ Fail Saman Fitnah, Ustaz Abu Syafiq Akan 'Saman Balas' RM500 Juta?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...