Tawar Diri Jadi Penerima Awal Suntikan Vaksin Covid19 – Presiden Pas

COVID-19

Tawar Diri Jadi Penerima Awal Suntikan Vaksin Covid19 – Presiden Pas

Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan kesediaan beliau untuk menjadi salah seorang individu terawal menerima suntikan vaksin Covid-19 yang akan tiba tidak lama lagi.

Menurut satu kenyataan, presiden PAS itu menjelaskan bahawa langkah yang diambil adalah tanda sokongan terhadap usaha kerajaan dalam memerangi wabak pandemik di negara ini. Beliau juga menyeru semua pihak untuk sama-sama berusaha melawan virus Covid-19 walau berbeza fahaman politik.

Advertisement

hadi Awang

“Saya telah mendapat taklimat berkaitan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan khususnya mengenai kepentingannya terhadap kelompok dalam masyarakat supaya daya tahan terhadap penyebab jangkitan penyakit ini”.

Beliau turut berkata fokus utama adalah untuk memastikan keselamatan rakyat terjamin dan ekonomi negara kembali pulih.

“Justeru, saya ingin menyatakan kesediaan untuk menjadi sebahagian daripada penerima awal suntikan vaksin Covid-19 bersama-sama Perdana Menteri sebagai tanda sokongan terhadap usaha kerajaan memerangi pandemik ini”.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...