Tauke Kosmetik Nak Jual Banglo RM11 Juta, Tak Mampu Jaga Selepas Pindah Ke Rumah Baru

Trending

Tauke Kosmetik Nak Jual Banglo RM11 Juta, Tak Mampu Jaga Selepas Pindah Ke Rumah Baru

Aliff-Syukri_banglo_600_Jutawan kosmetik yang juga selebriti terkemuka, Datuk Alif Syukri Kamarzaman sedang mencari pembeli yang berminat membeli banglo miliknya yang berharga RM11 juta itu.

Pengasas produk kosmetik serta kesihatan , D’Herbs Healthy Sdn Bhd (D’Herbs) yang terkenal dengan ‘tagline’ ‘Terlajak Laris’ berkata, dia mahu menjual banglo yang terletak di Seksyen 10 Kota Damansara kerana akan berpindah ke rumah baharu.

Advertisement

Menerusi akaun Facebooknya, Alif yang lebih selesa dipanggil ‘abang terlajak laris’ dan terkenal dengan ‘suara pelik untuk iklan mempromosi produknya berkata, dia mahu menjual rumah itu kerana bimbang tidak mampu menjaganya apabila sudah berpindah kelak,lapor FMT.

“Sayang sebenarnya nak jual rumah saya ini tapi terpaksa takut tak terjaga. Kami nak pindah rumah baru tak lama lagi, ” tulisnya di Facebook.

Alif berkata, banglo serba lengkap itu dibina di atas Tanah berkeluasan 21,000 kaki persegi yang bersamaan dengan dua lot tanah banglo selain satu lot tanah kosong di bahagian belakang banglo itu.

“Harga nak jual RM11 juta,” tulisnya.

Alif antara tiga ahli perniagaan yang terkenal dengan kehidupan mewah hasil mengusahakan kosmetik dan produk kesihatan. Dua lagi pengusaha kosmetik yang terkenal ialah pemilik Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Vida dan pemilik Nouvelles Visages, Rita Datuk Sosilawati.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...