Tauke Jambu Nafi Cerai Isteri Melalui ‘Voice Note’ WhatsApp

Hiburan

Tauke Jambu Nafi Cerai Isteri Melalui ‘Voice Note’ WhatsApp

Baru-baru ini, isteri kepada pelawak Tauke Jambu iaitu Nadia mengatakan rumah tangga mereka sudah berakhir dan suaminya itu menceraikannya melalui rakaman suara yang dihantar melalui WhatsApp.

Advertisement

Bagaimanapun, Tauke menafikannya dan mengatakan rumah tangga mereka sedang diuji sehingga isterinya tidak boleh berfikir dengan baik. Mereka berdua masih lagi bergelar suami isteri.

Tak betul, saya tidak melafazkan talak terhadap isteri. Apabila sedang marah, macam-macam tuduhan dilemparkan, tetapi sebagai suami, saya kena sabar. Saya ingat apabila menghantar isteri pulang ke kampung boleh memberi tumpuan pada Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM2018), tetapi nampaknya pergaduhan lebih teruk.

Saya anggap ini asam garam dalam berumah tangga. Bagi saya ruang untuk menyelesaikannya, tetapi buat masa ini, saya sangat sibuk dengan MLM2018.

Menjawab persoalan tentang ‘orang ketiga’ yang menjadi punca rumah tangganya bergolak, Tauke berkata sebagai artis beliau bertemu dengan bermacam orang ketika bekerja. Tindakan isterinya itu mengadu tentang permasalahan mereka di media sosial adalah sangat tidak matang.

Macam-macam orang selfie dengan saya. Nadia ingat dia berkahwin dengan orang kerja kilang ke? Saya pelik kenapa orang perempuan suka mengadu dalam laman sosial daripada mengadu dengan Tuhan? Masalah dalaman rumah tangga tidak perlulah dikibarkan dengan khalayak. Saya anggap isteri saya belum cukup matang. Dia tidak boleh berfikir baik buruk tindakannya.

Sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami dan isteri. Kami harap Tauke dan isteri dapat menyelesaikan segala masalah dengan baik.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

25 Comments

  1. Alip syuk

    January 7, 2019 at 9:11 pm

    Ramai kt sini ckp psl mke, ni duit pnye psl la. Tepuk sebelah tngan xjd, slh kn pmpuan yg gler laki org. Settle.

  2. [email protected]

    January 7, 2019 at 5:20 pm

    byk lelaki hensem ni perasan hensem bila de byk duit yg dtg menggangu biasala org de duit sume nk dekat,,, tp renugkan la bila ko da xlaku xde duit muka istri ng anak2 juga ko tgk buat peyejuk mata,,, insafla play boy semua,,, xkmana pn playboy tu silap2 dpt hiv penyakit kelamin sudah….

  3. Anonymous

    January 7, 2019 at 2:49 pm

    Tgk la dah tua nanti… baru jejak kasih cari anak2. Anak2 tu amanah Allah, saham akhirat. yang mendoakan bila dah takde nanti. Anak2 ko pun tak jaga betul… kalau ko dah old n wrinkle n cripple, depa buat tak tahu… jangan komplen. Masa tu, kau dah mati, bini kau selamba jual barang2 kau…. terus block anak, sebab tahu anak claim. Teruknya la….

  4. Anonymous

    January 7, 2019 at 2:47 pm

    mamat ni depan camera je baik..belakng kamera perangai cam haram…

  5. Anonymous

    January 7, 2019 at 2:44 pm

    >>> Nadia ingat dia berkahwin dengan orang kerja kilang ke?
    oiiii hina ke keje kilang… diorg tu lagi bagus keje halal
    ko duit makan pun hasil lawak sendakan org lain

    • Adelia

      January 8, 2019 at 11:53 am

      maksud dia orang kerja kilang takde la jumpa macam2 orang dan ada ramai peminat..selfie sana sini, kerja dgn artis2 wanita lain.celah mana dia hina orang kerja kilang. aku takdela sokong tauke tapi agak2 la kalau nak kecam…tak kena beb…tak kena….

Loading...