Written by Bella | January 7th, 2019

Baru-baru ini, isteri kepada pelawak Tauke Jambu iaitu Nadia mengatakan rumah tangga mereka sudah berakhir dan suaminya itu menceraikannya melalui rakaman suara yang dihantar melalui WhatsApp.

Bagaimanapun, Tauke menafikannya dan mengatakan rumah tangga mereka sedang diuji sehingga isterinya tidak boleh berfikir dengan baik. Mereka berdua masih lagi bergelar suami isteri.

Tak betul, saya tidak melafazkan talak terhadap isteri. Apabila sedang marah, macam-macam tuduhan dilemparkan, tetapi sebagai suami, saya kena sabar. Saya ingat apabila menghantar isteri pulang ke kampung boleh memberi tumpuan pada Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM2018), tetapi nampaknya pergaduhan lebih teruk.

Saya anggap ini asam garam dalam berumah tangga. Bagi saya ruang untuk menyelesaikannya, tetapi buat masa ini, saya sangat sibuk dengan MLM2018.

Menjawab persoalan tentang ‘orang ketiga’ yang menjadi punca rumah tangganya bergolak, Tauke berkata sebagai artis beliau bertemu dengan bermacam orang ketika bekerja. Tindakan isterinya itu mengadu tentang permasalahan mereka di media sosial adalah sangat tidak matang.

Macam-macam orang selfie dengan saya. Nadia ingat dia berkahwin dengan orang kerja kilang ke? Saya pelik kenapa orang perempuan suka mengadu dalam laman sosial daripada mengadu dengan Tuhan? Masalah dalaman rumah tangga tidak perlulah dikibarkan dengan khalayak. Saya anggap isteri saya belum cukup matang. Dia tidak boleh berfikir baik buruk tindakannya.

Sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami dan isteri. Kami harap Tauke dan isteri dapat menyelesaikan segala masalah dengan baik.

Sumber Berita : BH ONLINE

25 responses to Tauke Jambu Nafi Cerai Isteri Melalui ‘Voice Note’ WhatsApp

  1. And1 says:

    tauke,muka tu biar hodoh tapi jangan bodoh..mau berlagak playboy kalau hensem takpa juga..ni kebanyakan muka begini la yg selalu main kayu tiga

    32

    0
    • Anonymous says:

      sedih bile dengar cite mcm ni. isteri baru pas bersalin, emosi pon belom ok lagi. masih perlukan sokongan & perhatian penuh dr suami. bile isteri tengah tertekan, bercakap yg bukan2, jangan la ditambah lagi minyak kt bara api. settle elok2..kan ko da penah rase kehancuran rumahtangga, bukan sekali. n da tau cane keadaan anak2 ko yg jadi mangsa perceraian ibubapa dieorg. xkesian ke kt baby yg baru tengok dunia ni? tolong la, banyakkan bersabar, demi masa depan anak..

      12

      0
    • wekkkkkkk says:

      dgr citer,wanita yg digossipkn tu dri Seberang. Seberang Perak ke, Seberang Prai , ke Seberang Indonesia..citer biar lengkap, biar sng dn pjg utk mmbawang..baru ada ummph gossip dn menjengkelkan.

      Kalau bukan dri Indonesia, nnti silap kutuk, kena mendram baru tahu..

      5

      1
    • nana says:

      3 kali dh tauke…3 KALI DH CERAI PUN BODOH LG. berubah la, anak dh berderet. mmg la si tauke ni rase tak ramai anak sbb bila time nk jumpa anak je dia suka buat drama. acah2 victim pastu salahkan bini kau. time lelaki lain try usha bini kau reti lak main ayat sial. Time kau selfie dgn betina lain, kau bg alasan kau tu artis. DH LA NODOH, HODOH LAK TU. ps: mak pesan jgn kawen dgn laki jual ayat manis, nnt sakit.

      1

      1
  2. faraj says:

    “E. R. Bila nk Cerai..”

    3

    1
  3. jo says:

    Muka macam tikus bendang pun nak jadi playboy.muka x selera perangai buruk.ni kalau dah tua saving x de abis kat pompuan je, anak2 dari 4 perkahwinan dulu hantar dia kat rumah orang tua je.

    25

    0
  4. Bee says:

    Dia bukan mmg playboy ke -_-.. selalu left komen kt ig model2 / instafamous

    16

    0
  5. mia says:

    pekerja kilang lagi mulia dari kau la..playboy tua..

    22

    0
  6. Pen Biru says:

    Hal nikah cerai jgn dibuat main2, boleh mudah jatuh hukum walaupun xsengaja…persoalannya skrg kau dh lafaz di wssap, apapun bini kau ada bukti,gilh sahkn kt pejabat agama…disini boleh tau kebenaran…

    12

    0
  7. Unknown says:

    Umur bukannya muda lg. Xkan x ambil ikhtibar Dari perkahwinan yg lps2. Xkisahlah awak tu artis ke x, tp jagalah perangai. Kalau xde angin xkan pokok bergoyang

    8

    0
    • mek says:

      bkn je tak amik pengajaran, perangai pun hauk. anak tak reti nk bela. selalu salahkan ex wife konon tak bg jumpa anak. DUIT PUN TAK RETI BG, KUAT LAK KAU MAIN WAYANG.

      2

      0
  8. Tokey sperma says:

    Kawin cerai bukan sekali, anak berderet pun berclubbing, peluk pompuan sana sini. Dapat anak dgn bini lawa pun tak mendatang beza. Bila dah jemu, memacam la alasan dia pusing cerita dekat umum. Kelentong main wayang je pandai dia ni.

    9

    0
  9. Jangan auta sangat says:

    “Saya tidak bertemu anak-anak saya semenjak tahun 2004. Saya memang terputus hubungan dengan bekas isteri yang menjaga tiga orang anak saya. Tiga orang anak saya itu adalah menerusi perkahwinan pertama saya. Saya sangat rindu dengan anak-anak saya. Saya memang tidak tahu bagaimana mahu berhubung dengan mereka,” jelas Tauke.
    Tauke berkata beliau pernah terjumpa satu profile anaknya melalui Facebook namun beliau terus disekat selepas cuba menghubunginya.
    “Saya pun tidak tahu apakah sebabnya. Tapi saya memang sangat merindukan mereka & berharap dapat bertemu dengan mereka satu hari nanti,” tambahnya lagi. (rtky/m)
    *kalau boleh usaha kaut pompuan, usahakan lah tanggungjawab pada anak2 tu*

    0

    0
  10. Ellien says:

    Inilh permainan lelaki yg miang keladi..dia takkn puas selagi berfungsi..tunggulh bila dh tak berfungsi n sakit2 nnti dia akn cari sape…ingatla jambu yg tak jambu hari ini kau kuat lg…

    4

    0
  11. Anonymous says:

    >>> Nadia ingat dia berkahwin dengan orang kerja kilang ke?
    oiiii hina ke keje kilang… diorg tu lagi bagus keje halal
    ko duit makan pun hasil lawak sendakan org lain

    5

    2
    • Adelia says:

      maksud dia orang kerja kilang takde la jumpa macam2 orang dan ada ramai peminat..selfie sana sini, kerja dgn artis2 wanita lain.celah mana dia hina orang kerja kilang. aku takdela sokong tauke tapi agak2 la kalau nak kecam…tak kena beb…tak kena….

      3

      0
  12. Anonymous says:

    mamat ni depan camera je baik..belakng kamera perangai cam haram…

    5

    0
  13. Anonymous says:

    Tgk la dah tua nanti… baru jejak kasih cari anak2. Anak2 tu amanah Allah, saham akhirat. yang mendoakan bila dah takde nanti. Anak2 ko pun tak jaga betul… kalau ko dah old n wrinkle n cripple, depa buat tak tahu… jangan komplen. Masa tu, kau dah mati, bini kau selamba jual barang2 kau…. terus block anak, sebab tahu anak claim. Teruknya la….

    5

    0
  14. byk lelaki hensem ni perasan hensem bila de byk duit yg dtg menggangu biasala org de duit sume nk dekat,,, tp renugkan la bila ko da xlaku xde duit muka istri ng anak2 juga ko tgk buat peyejuk mata,,, insafla play boy semua,,, xkmana pn playboy tu silap2 dpt hiv penyakit kelamin sudah….

    3

    0
  15. Alip syuk says:

    Ramai kt sini ckp psl mke, ni duit pnye psl la. Tepuk sebelah tngan xjd, slh kn pmpuan yg gler laki org. Settle.

    0

    1
  16. as says:

    Kalau dah 4 kali cerai kawin ni kena tgk kt diri sendiri la jgn salahkan orang lain…

    1

    0
  17. cIk piNgu says:

    kemahen kutuk bini. Bini dia tgh mrh, merajuk,.. ko wat statement mcm ni?

    kalau zmn bercinta ko buat ke ekkk mcm ni??? habis madu sepah dibuang btl ko nik pakcik.

    1

    0
  18. Anonymous says:

    Xkan tiap kali cerai nak cakap isteri tak matang..perbetulkan diri tu juga

    2

    0
  19. Aryana says:

    Lelaki di uji masa duit tengah banyak!!

    0

    0

Leave a Comment

Optional