Bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi bersama tunangnya Nadia, pelawak Tauke Jambu ada meluahkan hasrat untuk menjemput bekas-bekas isterinya ke majlis perkahwinan beliau nanti.
Untuk pengetahuan anda, Tauke pernah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali dan mempunyai 6 orang cahaya mata bersama isteri pertama dan isteri kedua beliau.
Kami baik-baik sahaja. Mana tahu mungkin saya akan jemput bekas-bekas isteri ke majlis perkahwinan saya nanti.
Tuake akui hubungan beliau bersama isteri pertama selepas mereka berpisah tidak begitu baik sebelum ini. Namun, mereka kini sudah berbaik dan Tauke juga sudah dapat bertemu semula dengan anak-anaknya.
Sebelum ini memang saya tidak berhubung dengan bekas isteri pertama. Namun baru-baru ini kami berbaik semula dan semuanya kerana anak-anak. Saya dapat berhubung semula dengan anak-anak saya.
Baguslah kalau Tauke sudah berbaik dengan bekas isterinya, benda yang lepas itu janganlah dikenang lagi. Bak kata pepatah, buang yang keruh ambil yang jernih.
Semoga perkahwinan Tauke dan Nadia nanti dilimpahi dengan kebahagiaan dan kekal sehingga akhir hayat.