Tauke Jambu Akui Sudah Nikah Untuk Kali Ketiga Di Thailand

Hiburan

Tauke Jambu Akui Sudah Nikah Untuk Kali Ketiga Di Thailand

Memang benarlah kata orang yang lelaki kelakar sering mendapat tempat di hati wanita. Bukan senang untuk buat wanita ketawa. Namun sekali anda dapat buat, pastinya wanita tersebut akan terpikat dengan anda. Abang Nara memang suka dengan lawak Tauke Jambu dan tidak terkejut apabila membaca pengakuan Tauke yang dia sudah bernikah kali ketiga di Thailand dengan isterinya, Meera.

tauke jambu nikah kali ketiga

Advertisement

Pernikahan yang dilakukan sebelum menyertai rancangan Super Spontan ini telah ditemani dengan beberapa saksi. Kata Tauke kepada portal Murai:-

Yang sebenarnya, saya dah 3 kali berkahwin. Dengan isteri pertama, saya dah lama cerai. Manakala dengan isteri kedua masih dalam proses penceraian dan menunggu kata putus dari mahkamah. Semuanya berlaku secara kebetulan yang mana saya bernikah dengan isteri baru saya iaitu Meera sebelum saya jatuhkan talak secara sah kepada isteri saya sebelum ini. Saya juga mengaku bahawa saya berkahwin dengan Meera di Thailand dengan ditemani beberapa saksi.

tauke jambu nikah kali ketiga
Namun perkahwinan kali ketiga Tauke ini turut dilanda badai akibat kemunculan orang ketiga. Menurut Taukey, dia sudah tidak berjumpa dan tinggal sebumbung dengan Meera kira-kira sebulan lamanya.

Saya dan Meera masih sah suami isteri. Suami mana yang tidak sayangkan isterinya. Namun, secara jujur sudah hampir sebulan lebih saya tidak berjumpa dan tinggal sebumbung dengan Meera. Saya juga tidak menafikan bahawa kami sedang mengalami masalah rumahtangga. Saya boleh katakan disini, ianya berpunca dari hasutan dari orang ketiga.

Abang Nara doakan agar perkahwinan ketiga Tauke Jambu ini dapat diselamatkan. Bini pun boleh tahan cunnya jugak. Takkan tak sayang bini kot. Apa pun Abang Nara kini sedang berusaha untuk kurangkan lawak di depan khalayak ramai takut ada awek terpikat pulak. Kang tak pasal-pasal wife Abang Nara mengamuk pulak. Hehehe.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

47 Comments

  1. No One

    August 9, 2012 at 3:46 pm

    hmmm..tauke ni mmg kaki pompuan…
    hari tu gambar berpeluk ngan pompuan lain…pastu kawen ngan org lain plak…
    ape pon x boleh..

  2. narika enilda

    August 9, 2012 at 2:29 pm

    Kakak aku terlibat dgn production astro, dia cakap tauke ni mmg selalu duk bertukar perempuan. show minggu lepas bwk org lain, show minggu ni org lain. masa dia mula2 masuk raja lawak kan kecoh pasal dia tak balik rumah langsung tgk anak bini. anak dia 6org xsilap..kecik2 lg. mujurlah JAMBU tak menang maharaja lawak, kalau menang agaknya lagi lupa diri.

    • Anonymous

      August 9, 2012 at 3:21 pm

      yeke narika.. pelik muke cam tauke ni leh ade banyak awek.. kalu aku, pandang sebelah mate je tauke ni.. kalu pandai buat lawak sekalipun takde la sampai terpikir nak buat jd laki. kawin kat siam plak tu.. kesian mak bapak pompuan tu..

    • narika enilda

      August 9, 2012 at 3:36 pm

      setengah perempuan zaman skrg kan pandang duit..ada duit dah x kisah la pasal rupa. cuba kau tgk entry lain psl tauke ni, sume pun pasal perempuan. -.-“

    • anon

      August 10, 2012 at 12:28 am

      pompuan mcm tu takde harga diri lgsg
      ikut sebab tauke tu femes..dptlah rasa tempias

    • ami

      August 10, 2012 at 2:04 am

      ha ah.aku dgr jugak rumours ni dr member aku,.mmbr aku keje production astro jugak.aku tanya mmbr aku ,apsal la org syok kat tauke ni.mmbr aku ckp kalau buat gempak astro yg masok kampong2 tu,minah2 kampong ni mmg pdg tinggi kat retis.mak2 pon sukaaa…igt retis ni gaji banyak..muka pecah pon xpe…

  3. nikah byk anak bersepah2 x jaga

    August 9, 2012 at 2:13 pm

    memang lah nikah tu halal berapa kali pun. tp kalau lepas nikah pakai buang aje.. apa makna nya berkahwin? kalo budak muda kira faham la juga mentah lagi. ni dah kertu. bawa2 bertobat lah tokey. jgn ikut sgt nafsu. memang la ko kawen dgn girlfrens ko..tapi anak2 dan janda2 ko tu ko nak buat mcm mana? fikir la dgn kepala otak bukan dgn kepala yg di bawah semata2. ikhlas dari ku. selamat berpuasa.

    • Anonymous

      August 9, 2012 at 3:37 pm

      betul tu.. pompuan2 tak payah lah.. buang dara kowang je pada lelaki mcm nih.. lelaki memang la bangga hilang teruna.. ewww.. so not berselera, klu x hensem, baik, orang akan pandang bagus je budak nih.. tp da la tak hensem… ntah pape.. bukan nk kutuk, but that’s fact.. ewww

  4. tukang ajar budak

    August 9, 2012 at 2:00 pm

    dik, tahniah sebab ko begitu semangat nak dpt 4 flat. x kisah ler sebab ape, janji 4 flat..kalu student aku mcm ko, senanggg idup mak… tp aku admit, lelaki x payah ensem mane pon, janji karisma, baik, poket, pelajaran..ckup perfect dh tuh..

  5. Muka tak handsome tapi nak awek cun

    August 9, 2012 at 12:56 pm

    HUISHHHH…. LAWA GILA LA SIAL MEERA TU..MM, KALAU TAUKEY YG MUKA BIASA JE DAPAT MEERA SO AKU YG MUKA SAMA CAM TAUKEY NGAN YUS MESTI BOLEH DAPAT PEREMPUAN MACAM MEERA..

    SERIUS AKU XHANDSOME, MUKA AKU MCM ALA-ALA YUS RAJA LAWAK SIKIT DAN ADA GAK LA SKIN COMPLEXION MACAM TAUKEY…

    YESS..KLO AKU BLAJA SUNGGUH2, DAH KAYA TP XTERKENAL MESTI DAPAT MODEL..HOHO..JOM SAPU 4 FLAT!!!

    • Anonymous

      August 9, 2012 at 3:16 pm

      model tu nak kat duit ko la nanti… abis dikikisnye duit ko.. pdn muke

Loading...