Tauhu “Homemade” : Hanya Guna 3 Bahan, Boleh Dapat Hingga 64 Biji. Ini Caranya..

Trending

Tauhu “Homemade” : Hanya Guna 3 Bahan, Boleh Dapat Hingga 64 Biji. Ini Caranya..

Alhamdulillah.. jadi juga tauhu keras kali ini. Buat sebelum ini tak jadi.. hahaha.. gembiranya hari ni!..

Advertisement

BAHAN-BAHAN:

a. 3kg kacang soya

b. 18 liter air

c. 45gm GDL ( Glucono Delta Lactone) – serbuk ini untuk mengeraskan tauhu

CARA MEMASAK:

1. Pilih kacang soya, cuci dan rendam selama 4-5 jam.

2. Toskan dan kisar dengan air yang disukat. Tapis susu soya.

3. Masak susu soya hingga mendidih.

4. Dalam bekas berasingan, bancuh GDL dengan air.

5. Tuang susu soya yang telah mendidih tadi ke dalam bekas berisi bancuhan GDL. Kacau dan biar beku selama 15 minit.

6. Sediakan pencetak tauhu dan alas dengan kain. 1 ni dapat 64 biji. Guna 3 kg kacang soya untuk 1 pencetak ni. Ukuran 8 petak × 8 petak.

7. Tuang tauhu ke dalam pencetak dan ratakan.

8. Tutup kain dan tekan dengan pemberat.

9. Selepas 1 jam, keluarkan tauhu dan potong. Rendam dalam air bersih.

Tip Tambahan

Rendam kacang soya ialah tidak boleh lebih 5 jam. Kacang soya yang direndam lama akan cepat basi. Paras air untuk rendaman kena 2x daripada kacang soya.

Kalau ngam-ngam paras kacang soya, kacang tersebut tak akan mengembang dan susu soya pun takkan dapat banyk bila diperah.

Selamat mencuba.

Kredit : Azlia Al Hayahuddin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...