Terkini, aktor kacak Taufiq Hanafi dikatakan dalam perancangan ingin membawa hubungannya bersama kekasih hati, Anim Izzati yang merupakan pengacara TV itu hingga ke jinjang pelamin.
Walaupun pertama kali, Taufiq akui dirinya masih lagi sedang belajar untuk menjadi seorang bapa yang terbaik untuk cahaya mata kepada teman wanitanya itu.
Anim tahu saya tak pernah berkahwin dan mempunyai anak. Dia kena banyak ajar saya. Apa pun, kebahagian anak tetap nombor satu.
View this post on Instagram
Namun begitu, kerana cinta, pelakon filem Paskal ini tetap ingin menjadikan ibu tunggal itu sebagai isteri sahnya. Tambah Taufiq, meskipun mereka berdua ada kisah silam masing-masing, tetapi itu tidak akan menghalang hubungan mereka pada masa akan datang.
Tambahan pula, keluarga mereka juga sudah tahu tentang hubungan mereka berdua dan masih dalam fasa mengenal diri masing-masing dengan lebih mendalam.
Selain itu kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.