Taufik Batisah Enggan Teman Wanita Mengongkong

Hiburan

Taufik Batisah Enggan Teman Wanita Mengongkong

Menafikan mempunyai hubungan istimewa bersama aktres jelita Fazura, penyanyi kelahiran Singapura Taufik Batisah bagaimanapun memuji sikap teman rapatnya itu dan enggan mengambil peduli tentang gosip tidak benar dimana mereka didakwa sudah bertunang.

Advertisement

 Dia gadis cantik, sopan, baik budi dan berbakat. Gosip ini tidak benar, maka saya tidak mahu ambil pusing dan terlalu memikirkannya. Pada saya, gosip ini juga sebahagian daripada lumrah kehidupan artis.

Berbicara soal karakter gadis idamannya, Taufik menyatakan beliau tidak mahu teman wanita yang suka mengongkong kerana inginkan kebebasan dalam melakukan sesuatu.

Lagu hitsnya Awak Kat Mana di inspirasikan daripada melihat hubungan rakan-rakannya yang tidak mempunyai kebebasan apabila menjalinkan hubungan cinta.

Saya sukakan kebebasan dan terus terang memang tak boleh terima jika diri dikongkong. Sekiranya saya berada di tempat rakan saya yang mempunyai kekasih terlebih prihatin ini, perkara pertama dilakukan adalah berbincang. Jika tidak berkesan, saya angkat kaki.

 Bukan sahaja Taufik Batisah merasakan Fazura itu cantik dan mempunyai sifat yang hampir sempurna tetapi begitu juga dengan ramai lelaki di Malaysia ini. Soal tidak mahu teman wanita yang mengongkong itu adalah satu tindakan yang agak bijak, kerana dalam soal perhubungan kedua-dua pihak harus memahami antara satu sama lain dan tidak cuba untuk mengubah karakter seseorang itu.

Sumber Berita: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...