Taufan SENYAR : Fenomena Ribut Tropika ‘Misteri’ Dalam Sejarah Malaysia

Kehidupan

Taufan SENYAR : Fenomena Ribut Tropika ‘Misteri’ Dalam Sejarah Malaysia

Fenomena pembentukan ribut tropika Senyar di Selat Melaka kini mencetuskan sejarah baharu dalam dunia meteorologi apabila pakar cuaca antarabangsa turut memberi perhatian terhadap keadaan luar biasa itu. Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr. Mohd. Hisham Mohd. Anip, berkata kejadian ini bukan sahaja menarik minat wartawan tempatan tetapi juga penyelidik cuaca dunia kerana pembentukannya berlaku di kawasan yang hampir mustahil untuk menghasilkan ribut tropika.

Ribut Senyar yang terbentuk pada 26 November 2025 di Selat Melaka dianggap sangat jarang berlaku kerana kawasan berhampiran khatulistiwa lazimnya tidak mempunyai daya putaran mencukupi untuk mencetuskan taufan.

Advertisement

Iklim Senyar

Kejadian terakhir seumpamanya direkodkan lebih dua dekad lalu, iaitu pada tahun 2001 melalui Taufan Vamei. Kini, Senyar sekali lagi mencabar teori meteorologi apabila sistem cuaca itu dikesan semakin menguat dan bergerak memasuki Semenanjung Malaysia sebelum menuju ke Laut China Selatan.

Berdasarkan pemantauan semasa, ribut tersebut berada sekitar 102 kilometer barat daya Lumut, Perak, dan sedang bergerak ke arah timur-tenggara pada kelajuan 24 kilometer sejam. Hujan lebat berterusan, angin kencang serta keadaan laut bergelora dijangka memberi kesan ketara kepada negeri-negeri di Pantai Barat seperti Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka dan Johor.

SENYAR

Keadaan ini dibimbangi akan memburukkan lagi situasi banjir, terutama di kawasan yang sebelum ini sudah dinaiki air, sekali gus meningkatkan risiko limpahan sungai dan banjir kilat.

Dalam pada itu, Dr. Mohd. Hisham menasihatkan orang ramai agar sentiasa peka dengan amaran cuaca terkini dan mendapatkan maklumat sahih melalui saluran rasmi MetMalaysia serta penyiaran yang diiktiraf bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terus terjamin sepanjang tempoh fenomena ini berlangsung.- AWANI

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-11-27 20:06:45

"Tinggal 'Pampers', Campak Sampah Merata-Rata" - Sukarelawan Banjir Di Thailand Luah Rasa Kecewa Dengan Sikap Rakyat Malaysia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...