Taufan Jebi Di Osaka, Lapangan Terbang Kansai Ditutup

Trending

Taufan Jebi Di Osaka, Lapangan Terbang Kansai Ditutup

Lapangan terbang antarabangsa utama di barat Jepun telah ditutup kerana Taufan Jebi yang berlaku baru-baru ini dan beribu-ribu orang terpaksa berpindah dan penerbangan terpaksa dibatalkan.

Lapangan terbang Kansai merupakan hab pengangkutan utama yang menghubungkan Osaka, Kobe dan Kyoto, telah terputus dan merosakkan jambatannya.

Advertisement

Jebi, badai paling kuat di Jepun dalam tempoh 25 tahun, telah membunuh sekurang-kurangnya 10 orang malah telah meninggalkan kerosakan kepada infrastruktur, menerbangkan bumbung, serta menghancurkan kenderaan dan sumber elektrik dan telefon.

Apa yang telah berlaku di lapangan terbang?

Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai dibina di atas pulau buatan manusia dan dihubungkan anatara pulau tersebut dengan tanah besar (mainland) melalui jambatan.

Sumber: Reuters

Kapal tangki yang besar telah diterbangkan oleh angin yang sangat kuat sehingga menghancurkan hampir keseluruhan jambatan.

Sumber: BBC

Kira-kira 3,000 penumpang terkandas semalaman dan lebih 18 jam terminal terputus bekalan jana kuasa sebelum feri dan bot laju dikerahkan untuk mengosongkan lapangan terbang semalam.

Sesetengah penumpang berjaya keluar dari kawasan tersebut menggunakan bas dan melalui jalan yang tidak terjejas oleh taufan ini.

Sumber: Reuters

Keadaan landasan sangat teruk dan dipenuhi dengan air. Ada juga beberapa kapal terbang dibanjiri air sehingga merosakkan enjin pesawat.

Semua penerbangan telah dibatalkan dan tidak ada pengesahan bila lapangan terbang itu akan dibuka semula. Laman web lapangan terbang Kansai hanya boleh mengatakan bahawa landasan dan jambatan akan dibuka semula seawalnya pada 6 September atau selepas tarikh tersebut. Beberapa laporan mengatakan kerja baik pulih mengambil masa lebih kurang seminggu.

Pada tahun 2016, Kansai berjaya mengendalikan lebih daripada 25 juta penumpang, dan menjadikannya lapangan terbang ketiga tersibuk di Jepun, dengan 400 penerbangan seminggu.

Kekuatan Taufan Jebi

Ia mencatatkan angin sehingga 216km / j (135mph) dan berlaku di sekitar tengah hari waktu tempatan pada hari Selasa (03:00 GMT).

Taufan bergerak pantas ke utara di tanah besar di barat Jepun. Selain daripada kematian, kira-kira 300 orang cedera.

Apa kerosakan yang berlaku?

Sebanyak 400,000 isi rumah dikatakan masih terputus bekalan tenaga. Angin yang kuat itu juga telah meruntuhkan sebahagian siling stesen keretapi utama di pusat pelancongan Kyoto. Kontena di pelabuhan turut diterbangkan seperti blok mainan dan kenderaan juga bertaburan di jalan raya.

Kira-kira 1.2 juta orang telah dinasihatkan untuk meninggalkan kawasan  dan berpindah ketika taufan tersebut melanda dan media tempatan melaporkan kira-kira 16,000 orang tinggal di kawasan perlindungan yang disediakan.

Taman tema Universal Studios Japan di Osaka ditutup sekali lagi pada hari Rabu tetapi sepatutnya dibuka semula pada hari Khamis.

Sumber: BBC 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...