“Taubat Macam Mana, ‘Barang’ Dah Takde Nyah..”- Netizen Nasihat Jadi Lelaki Semula, Sajat Pertikai

Kehidupan

“Taubat Macam Mana, ‘Barang’ Dah Takde Nyah..”- Netizen Nasihat Jadi Lelaki Semula, Sajat Pertikai

Seperti diketahui ramai, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman merupakan seorang lelaki tetapi menukarkan jantin menjadi seorang perempuan dan namanya juga ditukarkan kepada Nur Sajat.

Kini Nur Sajat atau mesra dipanggil Sajat menetap di negara Australia setelah melarikan diri kerana pihak Mahkamah Tinggi Syariah mengeluarkan waran tangkap susulan gagal hadir pada sebutan kes tanpa sebab pada 23 Februari tahun lalu.

Advertisement

Namun begitu, perkembangan tentang dirinya selalu dikongsikan oleh tuan badan di TikTok dan sering membuat live di platform tersebut untuk berkomunikasi dengan netizen.

Baru-baru ini, melalui satu rakaman pendek yang diambil oleh pengguna semasa live TikTok Sajat, usahawan tersebut memberitahu ada beberapa netizen ‘memujuk’ dirinya untuk pulang ke tanah air semula.

Bahkan bukan sekadar pujuk, netizen juga menasihati Sajat untuk kembali menjadi seorang lelaki dan segera bertaubat kepada Allah S.W.T.

Seperti tidak kisah dengan nasihat tersebut, dia mempersoalkan netizen itu semula bagaimana untuk dia bertaubat menjadi lelaki semula kerana secara fizikal, dirinya sudah 100 peratus menjadi perempuan, termasuk alat sulit.

Dalam pada masa yang sama, usahawan itu turut mempertahankan diri berkata dia tidak boleh berkahwin dengan wanita kerana tidak cukup sifat.

Sehingga artikel ini ditulis, video terbabit telah meraih 16,000 tanda suka dan lebih 300,000 tontonan daripada pengguna.

1 year ago

Cara Kematian Dipersoal, Sajat Akui Akan Dikebumikan Sebagai Wanita Bukannya Lelaki

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...