Tasha Shilla Tidak Menyesal Diduga Dengan Kontroversi

Hiburan

Tasha Shilla Tidak Menyesal Diduga Dengan Kontroversi

Dihantui dengan kontroversi dan isu panas, Tasha Shilla bagaimanapun menjelaskan beliau tidak pernah menyesal dengan apa yang berlaku dan membuatkan beliau semakin matang dalam kehidupan meskipun pada awalnya ada terdetik rasa kecewa di hati atas apa yang terjadi.

Advertisement

Ada ketikanya saya kecewa juga dengan apa yang berlaku. Tapi dalam hidup kita tak digalakkan kecewa. Malah apabila berdepan dengan dugaan ini membuatkan setiap hari saya belajar. Setiap ujian dan dugaan yang datang, kita tak pernah duga. Tapi saya terima dengan hati yang reda. Apa yang penting jangan putus asa dan sentiasa bersikap lebih positif.

Tasha juga tidak mahu ambil pusing dengan segala kritikan mahupun cacian yang dilemparkan kepada dirinya di media sosial. Buat Tasha tiada gunanya untuk menyiram minyak ke dalam api.

Kalau saya pun melenting dengan apa yang mereka kata, sama saja saya dengan mereka. Bila dah lama dalam industri, kita dah faham dengan asam garam peminat.Jadi kita kena lebih matang dan jangan ambil pusing. Kalau kita simbah petrol dalam api yang marak, sampai bila tak akan padam. Tapi ada masanya saya baca juga apa yang mereka komen tapi benda yang negatif saya tak simpan. Bila simpan perkara negatif dalam hidup mulalah tertekan, murung. Kalau kurang ajar sangat, biasanya saya sekat terus mereka.

Berbicara soal cinta, Tasha tidak pernah menutup pintu hatinya untuk bercinta sekali lagi cuma buat sementara waktu beliau mahu fokus pada dirinya sendiri terlebih dahulu.

Sumber Berita: Media Hiburan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...